Saturday, April 19, 2014

Earliest is Better

Assalamualaikum

dulu agak kerap balik rumah,tapi masuk tahun 3, perasaan nak balik tu dah macam biasa saja mungkin sebab kerja semakin menimbun dan cuma balik time mid sem break dan sem break saja.. 

Pertamanya, dekat rumah aq selalu ulang buat benda yang sama walaupun tahu tak boleh.. entahla kalau dekat rumah, aq selalu ada symptom Subuh Gajah, kadang kadang solat subuh time Dhuha, takpon time Zohor.. teruk gila, padahal mak aq dah pum pang pum pang ketuk pintu suruh bangun berjemaah..

Keduanya, dekat rumah aq selalu ada tabiat suka sekali kan solat maksudnya solat zohor di akhir waktu dan terus sekali kan dengan Asar awal waktu.. begitu juga dengan maghrib isyak.. teruk sangat sangat.. padahal kalau dekat uni, bila azan terus pergi ambil wudhu'..

so sekarang ni, mari sama sama kita berubah untuk solat di awal waktu sebab menurut kajian setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.





1) Waktu Subuh


waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.



2) Waktu Zohor


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya



3) Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



4) Waktu Magrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



5) Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Jom ke arah perubahan terutamanya wanita kerana kita tidak tahu bila kita akan mati dan period kerana jika kita lambat solat dan tiba tiba uzor,kita kena ganti solat balik. Wallahualam.

3 comments:

sud@is said...

Wau hebat skali color waktu, buat paling awal utk manafaat paling utama
Skmt beramal

Skyline Spirit said...

pretty nice blog, following :)

Skyline Spirit said...

pretty nice blog, following :)