Saturday, April 5, 2014

Gimbap Special

Assalamualaikum

Bulan lepas masa dekat uni, tengoklah gambar yang mak dan kakak aq post.. mak dan kakak aq buat Kimbap dan Pizza.. so cuti sem sekarang ni, demandlah suruh buat lagi sebab nak belajar buat sekali.. so time pergi beli barang aq, belilah sekali dengan barang barang nak masak Pizza dan Kimbap,, sedap dan senang saja nak buat Kimbap.. Kimbap ni kami buat 2 jenis, kimbap bayam dan kimbap daging.. 




Bahan bahannya :

3 biji telur, 2 batang sosej cheese, 1 keping daging kisar, 3 keping ayam dinding, minyak bijan, kicap masin dan manis, 2 mangkuk nasi, 5 ketul lobak masin, bayam, daun bawang, 1/2 carrot, 1/2 timun, seaweed kering, garam dan 3 ulas bawang putih. 




1) first sekali, potong ayam dinding panjang panjang dan goreng atas minyak sikit..

2) potong sosej cheese panjang panjang dan goreng..

3) goreng telur.. dan potong panjang panjang..

4) hiris carrot nipis nipis dan goreng..

5) hiris nipis lobak masin dan goreng..

6) gaulkan daging kisar bersama 2 sudu kecil minyak bijan + bawang putih kisar + daun bawang + 1 sudu kicap masin + 1 sudu kicap manis..

7) dah gaul, goreng daging kisar tadi.. masukkan secubit garam..

8) celur bayam sampai masak..

9) dah masak, gaulkan bayam dengan 1 sudu kecil minyak bijan..

ok dah siap dah semua bahan bahan.. sebenarnya boleh saja nak rebus semua bahan bahan tadi.. tapi lambat lah nak rebus.. so goreng lagi senang.. ok jom kita ke proses menggulung..





1) untuk nasi, gaulkan nasi dengan 2 sudu minyak bijan + secubit garam..

2) untuk kimbap pertama iaitu kimbap bayam.. bahan bahannya semua kecuali sosej cheese+ ayam dinding + timun..

3) letakkan sedikit nasi + telur + carrot + lobak masin + daging kisar + bayam..

4) untuk kimbap kedua iaitu kimbap sosej.. bahannya semua kecuali daging kisar + bayam..

5) macam biasa letakkan sedikit nasi + telur + carrot + lobak masin + sosej cheese + ayam dinding + timun..

6) gulung ketat ketat supaya mampat dan tak hancur.. dah siap...







siap.. lepas tu potong jangan terlalu nipis dan terlalu tebal.. untuk 2 mangkuk nasi, dapatlah sebanyak 5 gulung kimbap.. lagi bagus kalau guna pulut sebab lebih senang nak melekat.. sebenarnya bahan bahan bergantung pada anda..   

seaweed kering tu ada 2 jenis , lagi sedap kalau beli yang pedas / wasabi.. sebab yang kami guna ni manis sikit.. lepas ni, tak payah beli dah kimbap dan pergi korea dah semata mata nak makan kimbap.. boleh buat sendiri saja.. dapat feeling feeling korea sambil tengok drama korea.. ^_^ 
ok selamat mencuba thanks for read..

1 comment:

Jia Rizaira said...

Pernah rasa sekali ke kimbap ni. Itu pun masa praktikal tahun lepas.