Tuesday, April 22, 2014

Meaningful Information

Assalamualaikum

Harini kelas bermula pukul 11 pagi.. so masa yang ada sebelum kelas decided nak pergi Pusat Kesihatan since semalam meroyan royan sebab tak tahan gatal satu badan.. sebenarnya ni dah kali kedua aq mengalami gatal gatal ni dalam tahun yang sama, last bulan Februari..

memang terus pergi sebab tak larat dah nak tahan dari garu.. kalau dulu aq tunggu 2, 3 hari baru pergi klinik, tapi sekarang terus pergi bila rasa tak selesa.. so gagahla pergi klinik pinjam motor kawan sorang sorang, sampai sampai klinik dalam pukul 8 45 pagi, mak oi ramainya orang..

terpaksa lah tunggu sebab fikir tak tahan sangat, satu yang aq hairan kenapa kebanyakan pesakit pregnant dan macam pandang pelik saja dekat aq, so buat tak tahu sajalah, dan terus cari seat sambil mengeluarkan fon dan main pao.

mostly seat almost full, so terpaksa duduk sebelah wanita pregnant yang tengah bermain dengan anaknya,, syok syok main game pao, aq pon trylah nak sembang dengan kakak pregnant sebelah ni, yelah takut pula dikatakan student Utm ni sombong..


A : erm, no giliran berapa kak?
B : 54 dik, adik?
A : oo, 74.. ramai orang kan harini kak..
B : ha'ah,macam biasa hari selasa kan khusus untuk wanita pregnant.. 
     Rabu pulak khusus untuk kanak kanak..


 time aq baru terfikir nak balik terus bilik sebab malas nak menunggu lama, yelah time tu no giliran baru 24, nak tunggu ke no aq ni punyalah lama... lepas tu akak tu terus menyampuk sebab dia nampak muka aq lain kot..


B : awak pesakit luar kan? (sambil tengok perut aq)
A : ha'ah, dah tu akak pesakit apa?
B : oo tak pa pesakit luar check check sekejap saja, akak sebab pregnant, 
      kaunter pregnant lain..
A : yeke,, (sambil buat muka lega)


terus lega bila dengar akak tu cakap, lama jugalah tunggu sampai perempuan pregnant lain pula yang duduk sebelah aq dengan maknya.. so macam biasa trylah sembang sebab sebelah aq tu mak cik, nanti tak sopan pula yang muda tak tegur yang tua..


A : teman anak ke mak cik?
B : ye nak, student ke?
A : .......................
B : .......................


berleret la sembang dengan mak cik tu sambil tunggu anak dia buat pregnant check up dan sampilah giliran aq.. alang alang dah tunggu lama kat klinik, terus jumpa dua doktor sekali, doktor biasa dan doktor gigi.. berbaloi la jugak masa yang ada,,

berbalik kepada kisah aq, check check dapat tahu yang aq alah pada kacang, betul juga kata doktor, sebab gatal badan ni menyerang lepas makan kacang / peanut butter.. so gatal sangat especially dekat bahagian jari tangan dan kaki, gatal dekat sendi sendi.. 




sepanjang perbualan dengan akak/mak cik tu, aq jenis banyak tanya sejak insiden dalam entri ini, banyaklah info dapat daripada wanita wanita pregnant, Pemeriksaan kandungan ni turut dikenali sebagai Antenatal Check up/ Pemeriksaan Prenatal

ANTARA INFO YG DAPAT :


- check up biasanya apabila kandungan mencecah 3 bulan ke atas 
  sehingga bersalin
- untuk kandungan 3-7 bulan kena buat pemeriksaan sebulan sekali
- untuk kandungan 8-9 bulan kena buat pemeriksaan seminggu sekali
- prosedur check up antaranya ada physical check up, blood test, 
  urine test, dan lain lain


ok kesimpulannya beramah mesralah dengan orang sebelah sebab mana tahu banyak maklumat berguna boleh dapat. so lepas ni kena kurangkan makan kacang even kacang salah satu favourite aq, dan setelah 2 jam menghabiskan masa di klinik, nasib baik sempat pergi kelas tadi.. 
ok thanks for read.. pen off

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

Mommy Suci said...

salam kenal...

jom visit & follow blog saye di http://mommysuci.blogspot.com

Mira said...

oh awak alergik kacang eh. sy pun alergik jugak tapi too much things yg boleh tetiba contribute kpd alergik..haha. at least awak boleh kawal mkn kacang. take care. :)