Tuesday, April 15, 2014

Perihal Pelat

Assalamulaikum

Pelat?? rasanya semua orang pernah pelat.. tipulah kalau tak pernah pelat, masa kecik kecik lagilah pelat.. kadang kadang perkataan yang panjang pon, kita hanya mampu sebut hujung hujung saja contohnya "emak, nak dukung" tapi kita cuma mampu sebut "ma, kong".

punyalah hebat seorang mak yang boleh faham bahasa anaknya yang tak betul, tapi bila anak tu cakap pelat, seorang ibu/ayah tak boleh cakap pelat juga dengan si anak sebab nanti akan membuatkan si anak tu terbiasa dengan perkataan yang salah..

biasanya pelat ni berakhir masa kita tadika sebab time tu kita dah start belajar mengenal huruf dan bunyi, sebab tulah penting pembelajaran pra sekolah. tapi ada juga kes dimana sampai sekolah rendah dan menengah pon masih lagi tergeliat lida nak sebut.. 

same goes to me, dulu aq ada masalah nak menyebut huruf R dan sebutan NGA.. contohnya "mak, nak bunga", tapi aq cuma mampu sebut "mak, nak buna". tapi nasib baik pelat tu hanya berakhir time tadika. yang menjadi masalah aq ialah aq masih ada masalah nak sebut R sampai sekolah menengah.

tapi ramai orang tak perasan sebab bertuah sangat nama aq pon tak ada huruf R, so dari situ dah selamat dah sikit, sampaikan aq agak rendah sangat keyakinan diri kalau nak present dekat depan sebab pelat. tapi masalah aq ni alhamdulillah berakhir sampai form 2.

 aq ada kawan, dia ni jenis yang tak puas hati kalau tak tahu puncanya, nak nak dia tu memang pandai bertilawah Quran dan dah terbiasa mengajar mengaji disebabkan bapanya ajar budak mengaji. satu hari ni kami berbual:

A: Acu, cuba qa sebut R..

B: Argh, arg, ange ( dalam sebutan pelat)

A: cuba ulang lagi

B: Argh, arg, ange ( banyak kalilah ulang, sambil dia pon ikut sekali)

A: Ha! aq rasa qa tak angkat lidah la..

B: Angkat? camna nak angkat lidah? (blur)

A: Cuba tengok dan ikut ( sambil buat demo)

B: (sambil buat sekali) wei, tak retilah..

A: oklah, jom kita sebut sama sama PERAHU sambil angkat lidah

B: Pengahu, pergahu,pengahu, (sampailah aq sebut Perahu tanpa sedar)

A: Ha! tu dah boleh, macam tulah..

B: bila masa aq sebut betul 

A: Cuba ulang sebut balik perlahan lahan

B: Pengahu, pergahu, perahu, perahu, perahu.. haahlah aq dah boleh sebut

A: Tengok, dah agak dah ni mesti kes malas angkat lidah ni.. haha

B: Akhirnya, hehe (happy sangat)

Dari situlah aq masih ingat perkataan PERAHU dan automatik akan ingat member aq ni, memang terhutang budi lah. kalau nak belajar, jangan malu sebab time aq belajar ni, kami dalam bilik tengah tengah siap nak pergi prep(study), dan semua dengar perbualan kami..

aq hargai sangat pertolongan kawan aq sebab disebabkan dia aq dah konfiden sikit nak cakap dengan orang, dan present dalam kelas terutamanya English, sebab kadang kadang malu tau walaupun ada orang cuba nak berlawak dengan kita sebab pelat..




tapi Lisa bagus kan, tetap konfiden walaupun ada kekurangannya..siap jadi pelakon lagi..

sebenarnya masih belum terlambat lagi kalau nak betulkan balik lidah tu, cuma jangan putus asa dan malu sebab semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing, sebab kita diciptakan untuk saling membantu dan melengkapi sama lain..
ok.. thanks for read.. lepas ni ada test Ketamadunan Quran

3 comments:

Yana Libra said...

ooo..camtu ke training utk baikkan pelat R..huhu..

Harith Iskandar said...

hehehehehe sy pun xboleh sebut R ;p

cheesedan kejubakar said...

salam singgah.. suke dgr pelat r lisa surihani...