Thursday, April 3, 2014

Puding Biskut Jagung

Assalamualaikum

kalau cuti ni, semangat nak try sesuatu tu memang membuak buak pon.. tapi sayangnya kalau dekat uni malas pula maybe sebab kerja semakin banyak, satu lagi malas nak masak dan takut nanti bilik berbau.. so trylah di rumah..

tadi try buat Puding Biskut, bahan bahan pon memang sedia ada dekat rumah.. resepi ni ambil daripada Blog Liyana Hisham.. cuma kuantiti bahan aq kurangkan sebab malas nak buat banyak banyak takut tak jadi.. nasib baik kali ni jadi..



Bahan bahannya:

1/4 tin susu pekat, 1/2 tin susu cair, 1/2 tin krimer jagung, 1 sudu besar tepung jagung,1 sudu besar tepung kastard, 1 sudu besar marjerin dan 10 keping biskut marie..


1) mula mula masukkan tepung kastard, tepung jagung, susu pekat, susu cair, dan krimer jagung..

2) kacau kesemua bahan di atas api perlahan.. 

3) kacau kesemua bahan sehingga pekat, bila dah pekat, baru masukkan marjerin.. dan kacau lagi

4) bila dah pekat, sejukkan dulu dan tuangkan sedikit di dalam bekas sebagai base,.

5) kemudian, susun biskut marie atas adunan tadi.. buat macam layer..

6) lepas tu, tuangkan adunan selebihnya atas biskut marie tadi.. dah siap


then, bekukan dalam peti.. sedap dimakan ketika sejuk.. kalau adunan agak banyak,korang boleh buat bertingkat tingkat dan berlapis dengan biskut.. sampai habis acuan..





ok dah siap, selamat mencuba.. thanks for read

1 comment:

thisni3zahata said...

Senangnya nmpk..huhu..menyelerakan...thx 4 sharing.. =)