Saturday, May 3, 2014

Agar Agar Vico

Assalamualaikum


Semalam buka puasa, buatlah Agar Agar Milo.. ni first time buat agar agar guna agar agar kering, selama ni guna serbuk agar agar saja.. semua jenis agar agar sedap lagi lagi kalau sejuk sejuk..




Bahan bahannya:

sebungkus agar agar kering, 1.5 liter air, 4 sudu besar milo/vico, susu pekat dan 6 sudu gula 



1) mula mula bancuh milo bersama susu pekat.. bancuh sebanyak 500ml, agar agar kalau ada susu lagi sedap rasa berlemak

2) masukkan sebungkus agar agar kering bersama 1.5 liter air

3) masak sehingga agar agar betul betul mendidih dan hancur, masukkan gula

4) masukkan bancuhan milo ke dalam air agar agar..

5) masak sehingga mendidih..

6) biarkan seketika, dah sejuk boleh tuang ke dalam loyang yang di lapik atas talam yang berisi air sejuk.. dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais..







simple saja kan.. yang lamanya cuma masa proses nak masak agar agar tu.. untuk satu bungkus agar agar kering, dapatlah sebanyak 2 loyang sederhana..
ok selamat mencuba, thanks for read..

1 comment:

Jia Rizaira said...

dah lama tak merasa vico ni...diri asik diselubungi dgn milo je...hehehe