Friday, May 16, 2014

Critical and Creative Thinking

Assalamualaikum

Dalam banyak banyak subjek untuk sem ni, yang paling kami suka ialah subjek Creative and Critical Thinking. sebab pertama ialah subjek ni lecture hanya dari week 1 hingga week 3, week 4 kami pulak yang kena bagi lecture.

sebab kedua ialah setiap minggu kami akan dapat hadiah/makanan sebagai sagu hati daripada presenter.. setiap khamis memang kami sangat nantikan kelas ni ditambah pula dengan lecturer yang sangat hebat bercakap seperti Dato' Dr Fadzilah Kamsah.

agak menarik sebab lecture tu mestilah beserta dengan games yang berkaitan dengan tajuk yang kami present..semua tajuk berkaitan dengan Pemikiran Kreatis dan Kreatif. Kumpulan kami agak mencabar sebab kami dapat tajuk Hujah dan Falasi.. first time dengar word "Falasi"..

time kami present, kami sediakan 2 games iaitu games menyusun bentuk mengikut arahan dan mengisi air mengikut arahan seperti di bawah:


indoor and oudoor games


 kami peruntukkan satu jam bagi lecture, dan setengah jam lagi buat games.. nasib baik kelas diadakan di dewan kuliah dan bersebelahan dengan laman luar.. so memudahkan kami untuk buat outdoor games yang menggunakan air..

untuk games ni, mereka dikehendaki menyelesaikan 2 games dalam masa yang sama,. dan untuk menyelesaikan games ni, mestilah mereka berfikir secara kreatis dan kreatif sejajar dengan subjek ini ..


peserta tengah cuba selesaikan games

dibawah adalah contoh pelbagai jawapan yang diberikan oleh peserta.. mereka dikehendaki menyusun bentuk mengikut arahan yang diberi..


variety of answers

markah diberi berdasarkan kedudukan bentuk yang hampir sama.. tapi malangnya tak ada satu pon jawapan yang betul betul tepat dengan jawapan dibawah.. 


correct answer

semua jawapan ni kami terima sebab ini menunjukkan bahawa semua orang mempunyai persepsi yang berbeza beza.. lepas habis semua presentation, minggu ni kami dikehendaki membentangkan inovasi yang kami reka dan tampal di dewan.. 

setiap kumpulan dikehendaki melakar rekaan inovasi di kertas mahjong dan boleh membawa prototype untuk lebih jelas menunjukkan inovasi yang dibuat dan maybe dapat extra mark.. =)


inovasi yang ditampal

untuk kumpulan kami, kami bersepakat untuk mereka satu mesin penyidai dan pengangkat pakaian since kami ni jenis yang tak ada masa sangat di uni, so sekaligus idea tu terus timbul dengan sendiri.. punyalah malas nak sidai baju sendiri..


our sketch

untuk prototype, kami menggunakan kotak saja untuk menggambarkan model ciptaan kami.. rasa tak percaya sangat kami dapat siapkan model ni since kami ni bukan budak engineering, kami just kursus pengurusan.. 

dan hasil titik peluh kami, lecturer memilih rekaan kami sebagai rekaan yang simple dan terbaik di antara kumpulan kumpulan lain...bagus betul idea groupmates aq ni iaitu friendly environment..




Nama
Auto Solar Hanger

Fungsi:
- Menjemurkan pakaian secara automatik
- Mengangkat baju di ampaian

Ciri-ciri :
- Mengesan suhu cuaca jika cuaca mendung
- Mengeluarkan muzik ketika proses menjemur dan mengangkat pakaian
- Fleksibel untuk bergerak dan adjust baju yang dijemur mengikut saiz
- Menggunakan tenaga solar
- Penyepit baju seperti pemanggang 


our innovation

dekat bawah ni, contoh contoh inovasi yang dibuat oleh kumpulan lain antaranya laptop, pen, heater, multi cooker, umbrella dan helmet.. memang hebat dan kreatif idea kesemuanya..


other innovation

my group

over all, kami memang suka subjek ni sebab alhamdulillah kami banyak kali menang games yang dibuat oleh kumpulan lain.. sukanya menang dan dapat hadiah.. dan games yang dibuat oleh semua kumpulan sangatlah kreatif dan unexpected..


US.. week 14..

maka berakhirlah pembelajaran untuk subjek Creative and Critical Thinking ni, tapi sebelum tu kami ada test untuk subjek ni minggu depan.. takut jugalah sebab jawapan yang diberikan mestilah high order thinking.. nak nak lecturer pon high thinking..
ok thanks for read

1 comment:

Rosmadi Shakri said...

Dah lama tak legi kursus macam ni,,,,