Sunday, May 11, 2014

Hawaii's Night =)

Assalamualaikum

Jumaat lepas, kami attend dinner kolej.. Dinner Kolej Bertemakan HAWAII.. agak menarik, sebab sebelum ni tak pernah lagi dengar tema Hawaii dibuat di mana mana dinner sebelum ini.. so pergilah kami 10 orang satu meja.. 

untuk tema ni, tak payah pening pening kepala nak pakai baju apa, tudung apa, kasut apa.. sebab pakai saja flower crown yang tengah famous sekarang ni dan dress bunga bunga, tema pon Hawaii kan, simple saja.. lelaki lagi senang, just pakai tshirt pagoda dan luar tu sarung dengan kemeja bunga bunga...

Dinner kolej berlangsung di Dewan Sultan Iskandar.. tak payah nak buat kat hotel bagai, yang penting makanan sedap even di UTM sendiri.. majlis bermula pada pukul 8 - 11 malam.. 




sebelum masuk dewan makan, ada disediakan satu sudut lukisan pemandangan pantai disertakan sekali dengan prop prop untuk sesi bergambar.. cantik sangat lukisan tu, rasa macam betul betul dekat Hawaii dengan muzik sentimental..




dekat bawah ini, goodie gift yang kami dapat antaranya Phone Holder yang ditaja oleh Digi, dan button Malam Permata Gemilang..


goodie gift

sebelum masuk ALOHA HAWAII


sudut bergambar

prop untuk bergambar

diapit 2 orang gojes

suasana dinner kolej

sepanjang dinner, kami dihiburkan oleh Band Akar Kayu dan Taleeb Mizad.. turut terdapat Lucky Draw dan Anugerah Anugerah Kolej.

oklah dinner ni, makanan pon ok.. makanan malam tu menggunakan khidmat Rasa Mewah Catering.. memang mewah rasanya, ada appetizer,main dish dan dessert..




Appetizer 
Fruit Salad Served with Yogurt, Golden Platter served with Chili Sauce

Entree
Grilled Chicken Chop served with Pineapple Fried Rice, Sauteed Cauliflower and Brocolli Topped with Mushroom Gravy 

Dessert
Panna Cotta Served with Strawberry Sauce

Drinks
Fruit Punch and Plain Water


classmate yang gojes =)



so far, inilah dinner yang paling ok pernah aq pergi dan first time terlibat sama dalam menjayakan dinner..
sebelum ni just pergi untuk makan saja, tapi sekarang baru tahu banyak benda kena settle untuk menjayakan dinner ni.. 
ok thanks for read..  

No comments: