Monday, May 26, 2014

Study Week : LegoLand


Assalamualaikum

Khamis lepas, selepas berakhirnya pembelajaran untuk sem ini, petang tu terus pergi ambil kawan di Sri Putri, kawan sekolah rendah yang sanggup datang UTM semata mata nak jumpa aku.. touching sangat rasa. padahal boleh saja kamijumpa kat kuantan. Bukan apa, sebab masing masing cuti tak sama, so alang alang Nadia kawan aku nak datang, so terus bawa pergi jalan jalan Johor. Jumaat bawa jalan ke Ayer Hitam nak beli souvenir murah, Johor Premium Outlet dan Bazar Karat.


Ahadnya pula bawa pergi ke Legoland, Puteri Harbour dan Country Garden,. memang best dan meletihkan. walaupun dah pernah pergi tapi tetap rasa eksited nak nak ada bestfriend datang sekali.. so entri harini berkisar tentang LEGOLAND.




Kami tak main, cuma masuk hotel Legoland saja nak bergambar. Boleh katakan setiap sudut hotel tu cantik, rasa macam setiap inci nak bergambar tau


depan legoland tu, hotel legoland.



mula mula memang nak masuk main, tapi disebabkan cuaca yang sangat panas, so malas pula nak masuk, just pergi lobi hotel saja bergambar. agak mahal sebab water park dan theme park bayaran masuk berlainan. ingatnya sama. hampir rm200, better pergi USS lah.. 




Disebabkan tak tahu nak buat apa dekat lobi hotel, so mainlah kami empat orang lego, siap masuk dalam lagi buat muka selamba. Istana dibawah ni boleh masuk, tapi segan pula nak masuk since ramai sangat budak budak yang masuk..







Terdapat juga souvenir shop, relaxation room dimana ada kerusi urut dan permainan untuk kanak kanak..




Bawah ini restoran, sambil sambil main mesti lapar kan.





Lif Legoland :)


pintu pon cantik, dalam lagilah cantik.



Lif hotel memang cantik.. kami sanggup duduk lama lama dalam lif semata mata nak bergambar dan dengar muzik disko.. toilet legoland hanya biasa biasa saja.. 





dapatlah lepaskan tension sebelum exam bermula.. next entri Puteri Harbour.. dekat lobi hotel pon dah best, bemum lagi masuk main, mesti lagi best kan..
ok thanks for read 

No comments: