Monday, June 9, 2014

Our Friend's Birthday


Assalamualaikum


Sepertimana yang korang tahu, kami satu kelas memang suka sambut birthday kawan kawan, walaupun dah lepas atau tengah exam week ke, kami tetap akan curi masa untuk sambut tak kisahla sambut awal / lambat dari tarikhnya.. yela sebab masa nilah kita nak menghargai kawan kawan kita kan..


biasanya yang jadi mastermind ni roomate kepada orang yang bakal diraikan la.. time tu dia pakat pakat nak buat apa, beli apa dan nak berlakon macam mana.. tapi setakat ni semua tindakan kami spontan saja.. sebenarnya banyak lagi kawan kawan yang kami raikan, tapi ni saja yang sempat ambil gambar..


bulan 4 lalu kami sambut birthday Nik Sayyidah Aisyah.. Selamat Hari Lahir Nik.. time tu kami makan Kek Pandan yang dihias sendiri oleh kawan kawan.. kebanyakan makanan dimasak oleh kawan kawan.. kalau tak sempat baru beli..




with bday girl

Lepas tu, 7 May lalu sambut birthday Noorhayati.. Selamat hari Lahir Noor.. time tu juadah antaranya Pizza, Agar agar Keladi, Puding Kastard dan semestinya Butter Cake.. walaupun kecik kek, mesti ada menunjukkan sambutan hari jadi..




with bday girls

Baru baru ini 6 Jun kami sambut hari lahir Che Nadiatul Aishah.. Selamat Hari Lahir Chena.. kami sambut sehari awal sebelum kawan kami berangkat ke kampung halaman untuk kenduri kakaknya yang berlangsung pada 7 Jun yang juga jatuh pada hari lahir Chena.. untungnya banyak event dalam satu hari..




time tu kami makan Kek Coklat, Roti Sosej dan Koktel Buah.. 


with bday girl

Semalam yang paling latest kami sambut 3 birthday sekali iaitu Siti Nurhapipah, Nurul Syafiqa dan Fatin.. Selamat Hari Lahir Ct, Fy, dan Atin.. Tapi sayangnya Fy tak ada masa ni so sambut 2 birthday girl sajala.. time ni kami makan makan Aiskrim, Roti, dan Kek Butter..




birthday Girls

siapa siapa yang birthday nak dekat ke musim test/ exam memang untungla sebab tak kena prank, biasanya siapa yang birthday awal awal sem tula yang selalu kena mandi air la, mandi bedak la dan mandi tepung.. memang best sebab time tula kita boleh kenakan birthday girl..


contohnya birthday Farah yang jatuh pada bulan 2.. Selamat Hari Lahir Farah.. time ni kami pergi main bola jaring, so time tengah rest, kami terus campak tepung dekat Farah.. berkejar kejar masing masing tak nak kena tepung.. 


Fy dan Farah

Happy Birthday to all My Friends.. 
Mengenalimu adalah saat yang paling berharga dalam hidup..
Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki.. 
DipermudahkanNya urusan Dunia Akhirat.. 
Good Luck Exam.. 

ok Thanks for read.. Esok Exam.. 

4 comments:

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Wowww... Bestnye celebrate birthday dengan kawan2 reramai.

cik hani said...

wah..sonoknya..masa zaman dengan kawan-kawan memang best dan riang muda mudi gitu haaa

Harith Iskandar said...

Happy Birthday jugaklah... ;)

zarulfarhana said...

hepy besday jugak untk semua