Friday, June 6, 2014

Inno Camp UTM


Assalamualaikum


Sejak terlibat dalam Kelab Inovasi ni kan.. rasa best pula tengok ciptaan ciptaan dan idea idea baru. Dulu tak pernah nak ambil tahu inovasi tu apa, baru sekarang tahu kepentingan Inovasi.. so 24 May yang lalu, penasihat Kelab kami syorkan kami pergi pantau Inno Camp yang diadakan di Centre for Student Innovation (CSI) di Kolej Tunku Canselor (KTC)..


since kami akan buat program bulan Oktober nanti, so pergilah pantau untuk dapatkan idea untuk program Inovasi kami akan datang.. Inno Camp ni melibatkan pelajar sekolah 9-15 tahun dalam menghasilkan ciptaan ciptaan yang menggunakan bahan terbuang yang sedia ada.. 


bayaran nak join sebanyak RM100 seorang dan sangat sangat berbaloi sebab kem ni melibatkan Tokoh Inovasi 2012 Uncle Bugs dan berlangsung dari pukul 9am hingga 5pm.. kem ni sangat santai dan enjoy sangat tengok budak budak ni eksited.. 




Mulanya kami tak kenal siapa Uncle Bugs ni, tapi bila sembang sembang dengan fasi fasi, rupanya Uncle Bugs ni memang seorang yang hebat dan salah seorang pencipta cemerlang di Malaysia.. dan yang penting Uncle Bugs ni sangat humble dan sukakan kanak kanak..


Anak anak beliau pon menceburkan diri dalam bidang penciptaan dan banyak memenangi anugerah anugerah Reka Cipta di dalam dan luar negara.. Buku Kerja Reka cipta di bawah ni sangat best dan sempoi baca.. ajar step by step kanak kanak dalam meletakkan kreativiti dalam kehidupan mereka..




Sebelum program bermula, peserta diberi beberapa jumlah wang untuk mereka membeli bahan bahan yang nak dicipta.. ini menunjukkan bahawa nak lakukan inovasi, memang memerlukan kos dan ciptaan tersebut mestilah mendatangkan kebaikan buat semua orang..






seriously idea idea budak budak ni memang kreatif dan menarik sampaikan kita yang besar ni tak terfikir idea macam tu antaranya Loji Pemprosesan Sampah, Pengering Kasut, Sarung Tangan Tahan Haba, Rumah Pokok, dan lain lain


loji proses sampah dan mesin pengering kasut

rumah pokok dan sarung tangan tahan haba

peserta peserta juga diajar cara membuat Roket Belon oleh Uncle Bugs.. sangat senang just guna belon yang biasa clown guna.. lepas tu akan ada pertandingan Roket Belon mana yang paling pantas.. suka sangat tengok roket belon berterbangan dalam dewan tu..  


Uncle Bugs membimbing pelajar mencipta roket

dan berakhir sudah program Inno Camp di UTM.. walaupun kami tak join, kami pula yang eksited tengok budak budak ni mencipta dan bergurau senda bersama Uncle Bugs..




Then, peserta peserta diberikan sijil penyertaan.. Sijil pon inovasi dan kreatif kan..




Website Uncle Bugs pon menarik dan kreatif sangat, sebab tumpuan utama Uncle Bugs adalah kanak kanak.. kerana dari kecillah kita perlu menanam sifat kreativiti dan inovasi dalam diri kanak kanak.. dan boleh join untuk menjadi member di Website Uncle Bugs




Macam macam kisah, latar belakang, pencapaian, ciptaan, module, dan lain lain mengenai Uncle Bugs ada dalam website Uncle Bugs.. kalau nak hubungi Uncle Bugs pon boleh berhubung melalui link dibawah ni:






ok Thanks for Read ;) :)