Thursday, June 5, 2014

My Faculty


Assalamualaikum


Alhamdulillah baru selesai jawab paper yang ke 2 paper tadi subjek Pemikiran Kreatis Dan Kreatif, so nak jawab pon kenalah kreatif juga ea.. sementara nak tunggu mata terlelap, nak update sikitlah pasal fakulti kami.. rasanya semua orang tahu yang UTM agak famous dengan bahagian engineering..


fakulti kami ini Fakulti Pengurusan, disebabkan minoriti, so duduklah terperuk fakulti kami ni berbanding fakulti fakulti engineering yang terkira banyaknya.. walaupun minoriti, setiap minggu kalau bukan time exam memang akan ada event yang biasanya dianjurkan oleh budak Marketing..


event event yang dianjurkan semuanya hebat hebat kot.. ada yang macam White Studio Photoshoot, Photobooth, Wishing Tree, Games, Charity dan banyak lagi.. kami pon kadang kadang join juga walaupun agak malu padanya, nak support katakan.. untuk markah dorang juga..


Photobooth

Photobooth ni ramai student nak bergambar, so disebabkan ramai.. kami just bergambar bila tak ada orang.. nak bergambar mestilah selfie.. nama pon Cheezy Selfie..


Wishing Tree

Buat ucapan untuk sesiapa saja dan lekatkan di pokok ni, setiap ucapan akan dicaj Rm1 dan didermakan ke Tabung Charity..


Prop dan gift untuk bergambar

lepas kita dah berphotobooth, bolehlah like Page Cheezy Selfie untuk mendapat Gift gift yang comel seperti coin purse, sticker note, water dan lain lain..


kami dah selfie

selepas dah bercheezy selfie, gambar ganbar tu akan ditampal dan paparkan di soft board untuk tatapan ramai..




ada juga games yang disediakan.. dan games games yang disediakan teramatlah senang dan cute.. Games yang aq main ni hanya campak dadu berwarna dan jika warna dadu sama dengan latar, so menang.. games ni memang berharap pada tuah la.. 


bed games yang cute

disebabkan terlalu senang, so dapatlah satu hadiah iaitu badge cute.. walaupun simple, tapi ada ke orang nak bagi free sekarang ni kan.. kami selalulah jugak join, sementara nak tunggu bas datang, so joinlah kejap event yang diadakan..


ma Frenz


antara cute gift yang dapat

sebenarnya banyak lagi cute gift yang dapat, sampaikan kawan aq boleh dapat anak patung comel sebab menang Quiz yang diadakan.. so best juga event event ni dapatlah saling membantu dan release stress kan.. selain event, budak marketing ada juga yang berniaga Big Apple di Fakulti,, memang laku sebab berbaloi.. yela siapa tak minat Big Apple kan.. kalau beli banyak banyak memang untung..

ok thanks for read.. minggu depan ada 3 paper berturut turut.. Wish me luck ya.. Good Luck Exam..

2 comments:

tengkusakinah said...

good luck exam kak!^^

Junkyo No Hikari said...

wow best gileeeeeee...

kretif!!

suka ya amat time dip dlu, tiap kali dyaorg bukak booth yg cemni, mesti join sbb nak hadiah (ada makanan) hohoho XDD

3 paper berturut2 mmg penat.. good luck :)