Sunday, July 20, 2014

Berbuka di East Coast Buffet Steamboat


Assalamualaikum


Sebelum tu mari sedekahkan Al Fatihah kepada semua penumpang dan anak kapal MH17. Sangat terkejut dan doakan keadilan bagi mereka. Amin


Semalam mak ayah balik kampung, jadi disebabkan kami malas nak masak baru lepas keluar bandar beli barang dapur, decidelah nak buka puasa di luar, lagipon kami tak pernah berbuka diluar dan first time pergi makan di East Coast Buffet Steamboat Restaurant Beserah Kuantan. Dah banyak kali lalu, sebab mula mula ingat Restoran Cina rupanya ownernya Melayu tapi ramai Chinese yang makan situ.


ruang makan dalam


ruang makan luar


makanan laut


sayur sayuran


cendawan 


aneka mi 






Bagi siapa penggemar nasi, terdapat juga nasi putih dan nasi goreng yang disediakan. Nasi goreng sangat sedap sebab walaupun kosong tetap cukup rasa semua. Air rasmi untuk steamboat ialah teh o tanpa gula yang sangat sesuai dumakan dengan steamboat. Nak order air lain pon boleh. Terdapat juga pelbagai aiskrim dan kek


Restoran ni dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula jam 5 petang hingga 11 malam. Kalau nak moreh sekali pon boleh dekat sini sebab surau disediakan di tingkat atas. Kalau dulu cuma steamboat, sekarang dah ada Grill sekali. sangat berbaloi terutamanya bagi peminat daging dan seafood. Tapi kalau nak makan, kena tempah dulu sebab memang sentiasa penuh terutamanya bulan Ramadhan ni. 




Detail:

Tel: 014-5471287




Jom Kuantanesse pergi makan di sana. Ok selamat berpuasa dan mengejar malam lailatul Qadar.

5 comments:

CT Humairah said...

CT suka jugak steamboat but mak ayah tak gemar sangat. tak leh go ngan tekak diorang katanya. memang chinese people suka makan sup sup ni semua. menarik.. macam flaming steamboat dah tapi flaming xde grill.. ooonomnom..

jemput singgah blog CT :
www.sitiyangmenaip.blogspot.com

TunSha Ayunie said...

ramai dah buat bisnes steamboat and bbq ni kan... ada tempat best... ada tempat fail :)

cara susunan gambar2 ni nampak tempting sangat, ada kedai sha pergi tunggang langgang dia punya segala mi , bebola semua2 tu.. hadoi...

Fadzi Razak said...

Area beserah banyak sea food kan?

CintaZulaikha said...

mak aihhh, dah lama tak makan steamboat...last makan tahun lps...ni yg terliur nih, hewhewhew

Khamsi Abdullah said...

Steamboat kne y sedap sos semua, best..klu kne y fail.. aduh..loya terus.