Thursday, July 17, 2014

Doughnut Donat


Assalamualaikum


Buka puasa tadi berbuka dengan donat, dah lama nak try buat donat sebab tengok kawan buat dekat uni macam senang saja. so tadi pung pang pung panglah dengan mak dekat dapur cari resepi buat donat. First try menjadilah walaupun agak liat sikit sebab doh terlalu kembang.




Bahan bahannya:

2 sudu besar Marjerin
2 sudu besar susu tepung/susu pekat
sedikit garam
6g yis
500g tepung gandum
gula aising/gula pasir halus



Cara caranya:


1) cairkan mentega dan rendam yis bersama 1 sudu kecil gula dalam segelas air suam

2) masukkan tepung, susu, garam, mentega dan bancuhan yis.. uli sampai doh sebati dan tidak lekat di tangan. kalau kurang air, pandai pandai tambah air

3) dah uli, tutup dan biarkan doh selama 30 minit supaya doh mengembang 2x ganda dari asal.

4) doh dah mengembang lagi besar dari saiz asal

5) uli doh jangan terlalu nipis dan tebal, guna acuan donat untuk membentuk donat. tapi disebabkan acuan kami tak jumpa so terpaksa guna bekas dan straw.

6) dah siap bentukkan, biarkan seketika supaya doh mengembang sikit dan terus goreng atas api perlahan.







kalau tak nak bubuh gula boleh bentukkan adunan menjadi kuih keramat. ok sedap dimakan panas panas.

Jom manfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan.. Thanks for read

No comments: