Friday, July 4, 2014

Kem Pemantapan Kolej


Assalamualaikum


Selepas kami menghadiri Kem Pembentukan pada Januari lalu di entri ini dulu, kami dikehendaki untuk pergi ke Kem Pemantapan pada Jun lalu di Desa Rimba Dusun Eco Resort Bentong Pahang selama 3 hari 2 malam dari 19-21 Jun.. dah agak dah buat dekat Dusun Eco, sebab tempat tu memang terkenal untuk Kem..


program bermula pada malam 18 jun dan aktiviti lebih kepada bina kumpulan, pelantikan penghulu/penghuluwati, imam/bilal.. dan buat pertama kalinya budak budak ni lantik aku sebagai Penghuluwati.. tak pernah pernah.. time tu dah fikir memang tugas kena bangun awal dan kejut orang pagi pagila..




Pagi 19 jun kami bertolak ke Bentong pada pukul 8 pagi, perjalanan mengambil masa 7 jam jugalah.. sampai sampai sana dalam pukul 2 petang.. memang hutan sangat sangat dan kawasan yang sangat dalam, sampai sampai terus line tak ada.. 


dan untuk sampai ke Resort, kami perlu naik truck sebab kawasan nya sangat berbukit dan curam, so sangat tak sesuai untuk bas masuk.. memang mencabar gila naik truck tu, rasa macam nak pergi berlumba dan kena pegang barang masing masing..




sepanjang kem, semua barang berharga dipegang oleh Felo termasuk Handfon.. so kebanyakan gambar diambil dari Felo.. bagus juga barang berharga dipegang sebab tak adalah risau sangat kalau hilang, lagipon line memang tak ada dan masa yang ada sangat limited..


untuk kem ni,macam biasa kami dikehendaki duduk dalam khemah.. yang bestnya khemah ni sangat besar dan panjang.. dahla berkongsi dalam 2-3 orang satu khemah saja.. tapi yang tak bestnya nak naik ke khemah tu memang menggerunkan dan meletihkan, kena lalu tangga yang curam dan tinggi macam gambar diatas ni..




Banyak aktiviti yang kami lakukan sepanjang kem antaranya Night Walk.. seriously Night Walk kali ini memang sangat challenge sebab kawasan bukit bukau yang sangat cerun dan kami hanya dibekalkan dengan 2 batang lilin untuk satu kumpulan dan perjalanan Night Walk dalam 3 jam.. pandai pandailah kalau lilin tu mati.. 


seperti kem pembentukan, Kem kali ini juga kami wajib pakai tag nama dan pegang barang amanah masing masing.. barang amanah berupa file, 2 biji telur puyuh seorang dan 1 biji telur ayam untuk setiap kumpulan.. hendaklah dijaga dan dibawa ke mana mana..


tag nama besar kami.. ^-^

kami juga ada aktiviti talk yang disampaikan oleh lecturer untuk pemantapan rohani.. menarik juga talk ini sebab kami dikehendaki untuk tiup belon dan tulis nama kita, tulis keburukan dan kebaikan masing masing, lepas tu rotate dengan ahli kumpulan, ahli lain akan tulis pula keburukan/kebaikan kita di belon seperti dibawah.. dari situ, kita boleh tahu persepsi orang lain terhadap kita dan dalam masa yang sama kita boleh memperbaikinya..




Kem tak sah kalau tak kena denda kan, jadi kalau kami lambat beberapa saat atau terlupa bawa barang amanah, semua kena denda.. dan dendanya ialah jalan itik, rendam dalam kolam awal pagi dan lain lain.. gila sejuk kot kolam airnya, sampai ke tulang boleh rasa sejuk.. siap kena nyanyi lagu UTM.. apapon memang Best..


denda

Aktiviti yang paling best ialah masa pagi sebelum bertolak pulang ke UTM iaitu Rakit.. inilah first time buat rakit sendiri dan naik rakit.. memang enjoy sangat sebab dapat berlumba berakit dan kenakan kumpulan lain.. 


mula mula kami diberi penerangan untuk buat rakit dan alatan yang diperlukan untuk bina rakit antaranya tong, tali, buluh panjang dan pendek, dan semestinya jaket keselamatan jangan lupa.. walaupun tak dalam sangat, tapi tetap kena pakai..


demo buat rakit

lepas dah siap rakit, untuk round pertama, kami uji dulu dengan naik 3 orang satu rakit..  then, second round semua ahli kumpulan kena naik rakit.. memang takut sangat kalau tenggelam tapi nasib baik tak tenggelam, padahal seluar semua dah lencun.. kalau kita bina rakit tu kukuh, insyAllah tak tenggelam, bila semua kumpulan dah naik, kami berlumba kumpulan mana paling cepat..


Rakit Race

bila semua nak sampai tu, masing masing buat tenggelam rakit kumpulan lain.. memang semua kumpulan jatuh, nasib baik pakai jaket.. dekat bawah ni masa kumpulan kami dikhianati kumpulan lain nak jatuhkan rakit.. sejuk sangat air.. 


our critical situation

tengah harinya pula lepas masing masing dah berkemas dan bersihkan diri, kami terus ke acara Penutupan Kem dan Penyampaian Hadiah.. suka sangat kumpulan kami di tempat terakhir.. haha


my Group

Anyway memang best sangat kem ni since aku suka sangat aktiviti lasak macam ni, Terima Kasih kepada Felo felo, fasi fasi yang terlibat dan semua peserta dalam menjayakan Kem Pemantapan Kolej ni.. memang pengalaman yang tak dilupakan.


The End

lepab berakhirnya kem, famili terus ambil aku di Eco Resort since aku malas nak balik Johor semula, dan terus bertolak ke rumah Pak Cik di Bentong dan malamnya gerak ke rumah Kuantan..

Thanks for Read.. Selamat Berpuasa..

2 comments:

thisni3zahata said...

Wah...bestnye activity..terigt plk mase zaman belajar dulu...huhu

luqman zakaria said...

mcm best jgk nih..