Thursday, July 3, 2014

Kuih Masalodeh


Assalamualaikum


Sepanjang bulan puasa ni, memang mak akan cuba juga buat kuih setiap hari, paling koman pun cekodok la, memang jarang beli sebab biasanya kakak/abang kadang kadang beli kuih lepas balik kerja.. so semalam belajar buat Masalodeh.. tak tahu pula korang panggil apa.. kuih ni aku tak berapa minat sangat tapi ini kuih kegemaran famili kami..




Bahan bahannya:


Kacang Dal
Serbuk Jintan Manis
Jintan Manis
Bawang Merah
Cili Kering
Daun Kari
Lada merah dan Hijau
Garam
Gula



Cara caranya:


1) rendam kacang dal selama 5-6 jam, lepas tu, toskan kacang dal

2) kisar kering kacang dal tanpa air sehingga hancur

3) dah kisar, masukkan garam gula secukup rasa, masukkan daun kari, cili kering dan lada yang dipotong halus..

4) lepas tu, masukkan 2 sudu kecil serbuk jintan manis dan 2 sudu kecil jintan manis (bukan serbuk), serta masukkan bawang merah yang dicincang halus

5) gaul adunan sehingga sebati dan rata

6) bentukkan adunan menjadi bulat leper, genggam kuat kuat adunan sebab proses nak bentukkan nilah yang agak sukar sikit sebab adunan cepat lerai.. so kena kepal kuat.. 


p/s : semasa nak goreng, pastikan minyak panas secukupnya dan bila dah letak adunan dalam kuali, jangan terus alih.. biarkan ia garing dulu, baru boleh alih.. sebab takut adunan cepat pecah dan lerai..


ada sesetengah orang, dia letakkan telur / tepung untuk memudahkan proses pembentukan.. memang senang tapi hilang rasa dal sepenuhnya.. sangat senang dimakan ketika panas sebab kuih ni sangat rangup dan berempah







kuantiti bahan bahan terpulang pada korang semua.. kami buat ni sangat banyak sampai boleh makan sehingga sahur esoknya..

ok Selamat Mencuba.. thanks for read

4 comments:

aRz MoHa said...

salam ramadhan. done follow sini.
MasaLodeh memang sedap. fevret orang utara ni

Khamsi Abdullah said...

Owh...masalodeh namanya.. reti makan je.. garing2 sedap!

ecah khalili said...

wow..rajinnyee..suka makan panas2.. n suke yg garing sikit..sedappp..

salmiah awang said...

saya suka sangat kuih ni tapi tak tahu buat.thans for your sharing.