Monday, July 21, 2014

Milky Butter Cookies with Choc Chips


Assalamualaikum


Sepanjang 22 tahun hidup, nilah first time ada oven dirumah sebab ayah baru saja beli minggu lepas since ayahnya tahu yang anak anaknya suka masak, selama ni kalau nak bakar mesti pinjam oven kakak. So disebabkan dah ada sendiri dirumah, kakak aku pon semangatlah nak membuat biskur raya dan semalam terhasillah 3 jenis biskut raya anataranya Choc Chips Butter Cookies. Memang sedap rasam macam biskut Famous Amous.. lol




Bahan bahannya:


250g Butter
90g Gula Kastor / Gula Aising
300g Tepung Gandum
3/4 Cawan Chocolate Chip
Sedikit Badam Hiris (optional)
1 sudu kecil Esen Vanilla (optional)



Cara caranya:


1) pastikan butter lembut (suhu bilik) . Putarkan butter bersama gula sehingga sebati

2) masukkan vanilla essence dan kacau

3) masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau

4) panaskan oven, masukkan badan dan choc chips dan gaul guna spatula

5) sudukan adunan ke dalam loyang, guna tangan pon boleh

6) bakar pada suhu 160 C atau sehingga masak selama 15-20 minit (bergantung pada oven masing  masing)


SIAP !!!







biskut ni lagi sedap kalau dibakar garing. sangat sedap dan crunchy tapi sayangnya kami terbuat sedikit.. macam tak sempat untuk raya saja..

ok selamat mencuba dan berpuasa

5 comments:

sYiRa LoKMaN said...

NAMPAK SEDAP AND COMEL LAAAA

TunSha Ayunie said...

rahsia femes emes?? letak coco butter sikit... hee ~ ramainya buat kukiss ala2 femes emes... sedap uolsss

CintaZulaikha said...

k fine, kecur sekecur kecurnya dah leni...aduiyaiii sedapnya...

Mizzi Ifwat said...

wah sedapnya..

terima kasih atas perkongsian..
boleh buat untuk raya ni..

ikhlas dari,
http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com/

Faariis said...

sedapnye nampak walaupun diri ini bukan penggemar cookies.. haha