Tuesday, July 15, 2014

Musim Buah


Assalamualaikum


Sedar tak sedar kita sekarang dah di pertengahan Ramadhan kan. Disebabkan nak raya dah, so kelmarin balik kampung nak kemas kemas sikit. Sampai sampai kawasan kampung, terus disambut dengan pokok pokok rambutan dan manggis yang berbuah buah seolah olah memanggil kami untuk terus makan. Nasib baik puasa..


kami habiskan 1 malam di rumah Tok dan keesokannya lepas sahur, solat subuh, tidur kejap dan terus mak kejut suruh sama sama bangun kait buah rambutan dan manggis. Rambutan tahan lagi sebab senang jumpa, manggis ni yang tersangatlah limited edition. Terus bangun dan tolong asingkan buah buah untuk diberi kepada jiran, saudara dan kami sekeluarga..


tapi yang sangat hazabedahnya kena berperang dulu dengan semut semut hitam di buah buah tu, jenuhla nak kena tilik satu persatu bulu rambutan dan kelopak manggis punyalah nak buang semut sebab takut semut naik dekat sofa kereta kalau tak buang habis..


kampung kami!!!






satu saja yang paling menarik budak budak nak balik kampung sebab ada buaian ni dah berdekad dekad dari wujudnya kampung ni, semua generasi Abdul Aziz dan merasa naik buaian ni, daripada runtuh elok balik, runtuh lagi dan elok balik. sebab budak sekarang naik buaian bukan macam kita dulu. Sekarang naik buai 10 orang sekali satu buai. Sumbatlah selagi boleh


pokok asam kerenda

bukan setakat buah manggis dan rambutan saja, buah Asam Kerenda pon berbuah sekali. Mesti ada antara korang semua tak tahu/ tak pernah dengar buah ni kan. aku pon tak tahu macam mana boleh wujud pokok ni sebab dekat rumah kami pon ada sampaikan kalau ada orang berjoging depan rumah, mesti akan ada yang tegur tanya buah apa ni..


Buah ni kalau muda berwarna pink, kalau dah masak berwarna merah hitam, sangat masam dan biasanya kami buat sweet sour dan jeruk. daun buah ni agak bergetah sikit dan buah ni kalau picit akan keluarkan cecair berwarna merah darah, sampai kami adik beradik dulu main doktor doktor guna buah ni. jangan sebut Asam Keranda dahla ..






Mesti kampung korang semua dah berbuah juga kan, ok selamat berpuasa..

2 comments:

Safirul Amar Azmi said...

Bestnya. Rambutan...

Nor Azimah said...

asak kerenda, serius..tak penah jumpa, masya Allah..macam-amacam ciptaan Allah