Sunday, July 27, 2014

Rainbow Cake


Assalamualaikum





Since dekat rumah banyak lagi pewarna yang kami buat Biskut Lidah Kucing dulu, so aku demand dekat akak aku suruh buat Rainbow Cake lagipon dia dah start cuti raya semalam. Dalam masa yang sama, dapatlah juga aku belajar buat.




Bahan Kek


250g mentega
220g Tepung Superfine
1 sudu kecil Baking Powder
200g Gula Kastor
4 Biji telur
5 sudu besar Air Susu
1 sudu Kecil esen Vanilla
6 Warna Pelangi





Bahan Krim

350g Krim Well
50g Shortening
50g Butter
50g Cream Cheese
3 sudu besar Gula Aising
180g Susu Pekat



Cara caranya


1) Panaskan oven 170 C. Pukul mentega dan gula hingga kembang

2) Masukkan telur dan esen vanilla, putarkan

3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit serta air susu. putar hingga rata

4) Bahagi adunan kepada 6 bahagian dan warnakan

5) Masukkan adunan ke dalam loyang. (kami guna loyang 8 inci). Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170 C

6) Untuk krim, putarkan krim cheese, butter, krim well hingga kembang

7) Masukkan gula dan susu pekat. Putar rata sampai kembang

8) Setelah kek masak biarkan sejuk susun warna ikut pelangi dengan letakkan krim diantaranya

9) Sebatikan keseluruhan kek dengan krim dan hias ikut kreativiti. Masukkan dalam freezer


SIAP!!!







Kek ni bila angkat berat sangat sebab berat dengan krim. Sangat sedap dimakan sejuk. Hiasan atas kek ni kami cuma guna habuk habuk kek lepas bakar yang berwarna tu dan tabur atas krim kek sebab lupa nak beli manik urai. Tapi still cantik. Sesuai dihidang ke tetamu pada Hari Raya.

ok Thanks for read.Selamat Mencuba

1 comment:

Sya Mimie said...

Asslmkm.. Sdapnya kek.. Terliur tgk.. :)