Tuesday, July 22, 2014

Rainbow Cats Tongue Cookies


Assalamualaikum


Sekarang ni kan tengah famous dengan Biskut Lidah Kucing Pelangi,  so tadi lepas berbuka kakak cakap nak buat Biskut ni, so kesempatan yang ada bolehla belajar sekali sebab curious juga macam mana buat ni. Lepas dah siap baru tahu betapa leceh dan rumitnya proses pembuatan no wonderlah penjual jual dengan harga yang sangat berpatutan dengan kos tenaga lagi.




Bahan bahannya:


125g Butter
125g Marjerin
160g Gula Halus
1sudu kecil Esen Vanilla
3biji Telur ( telur putih)
200g Tepung Gandum
50g Tepung Jagung
6 Warna Pelangi
1/4 sudu kecil Emplex (optional) untuk merangupkan




Cara Caranya:


1) Masukkan butter,marjerin bersama gula dan putar sehingga sebati

2) Masukkan tepung gandum, jagung, emplex, vanilla dan putarkan

3) Panaskan oven dan greasekan dulang. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, letak warna yang berlainan bagi setiap adunan

4) Masukkan adunan yang dah diwarna dalam piping bag/ bekas plastik dan ikat

5) Calit adunan, jangan terlalu rapat dan besar sebab nanti adunan akan mengembang

6) Bakar pada suhu 150 C selama 15 -20 minit ( bergantung pada oven masing masing)


SIAP!!!








Nampak macam sikit adunan, tapi boleh dapat 8-9 dulang jugalah dan sangat memakan masa, Disebabkan kami nak habis cepat, so kami calit adunan dalam bekas muffin so jadilah bentuk bulat. Comel juga tapi susah nak bawa keluar. Biskut ni sangat garing dan sedap. Kalau ikutkan ada acuan dia, tapi mahal la nak beli so buat manual saja.

ok Selamat mencuba Thanks For read

6 comments:

sYiRa LoKMaN said...

ramainya buat ni..comel ^_^

Fadzi Razak said...

haah, ramai yang dah buat ni. boleh jual la nnt acu

sang kancil said...

wah macam sedap..n senang buatnye ye tapi penat la kan..well done dear!

TunSha Ayunie said...

kaler yang sungguh comel ! nak buat cam remeh, masuk mulut kejap je kan.. patut laa mahal..haha

Shaerah. said...

first time dgr dan nmpk biskut ni, ada juga ya. comel, colourful like rainbow. comel la. boleh buat sendiri. thank you akak :)

Normi Nieza said...

terbaik..:)