Wednesday, July 30, 2014

Salam Lebaran


Assalamualaikum


Baru berpeluang nak update pasal Raya since sekarang dah di rumah. Raya petama kami sambut di rumah kami Kuantan dan petangnya barulah bertolak ke kampung, dan raya kedua bertolak balik kuantan sebab ayah dan abang kerja Raya ke 3. Raya ni tak beraya sangat ke rumah saudara mara maybe nanti nak raya rumah kawan kawan kot. Pakai baju raya pon cuma raya pertama saja.


Biasanya kami sambut raya pertama di kampung, tapi tahun ni pagi raya di Kuantan so dapatlah bergambar bersama famili walaupun cuma kami 2 beradik saja yang ada. Juadah raya semestinya Nasi Arab, pulut dan Ayam Golek. Tengahari tupon dah ada saudara beraya di rumah, sangat best dan letih.


biskut raya

Biskut raya kebanyakan buat dan ada yang beli


ayam golek ketuhar


with ayah dan mak

Kalau di kampung, memang tak akan bergambar satu famili sebab masing masing sibuk melayan tetamu yang tak henti henti datang, Alhamdulillah rezeki. Since beraya di rumah, so kami ambillah gambar sepuasnya. Rasa macam kami 2 beradik saja, special sangat. ^_^


kakak

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Kalau di instagram suka sangat tengok orang upload gambar raya, kemain masing masing happy saja. Raya ni siapa dok area Kuantan jemputlah mari umah. Dalam masa yang sama jangan dilupakan saudara kita di Gaza yang beraya dengan air mata dan darah.

ok. thanks for read. 

No comments: