Thursday, July 24, 2014

Tip Mula Blogging


Assalamualaikum


Aku ni ada habit tau kalau tak tahu nak buat apa, so mulalah suka baca entri lama blogger blogger yang agak terkenal. Kita boleh nampak perubahan dari segi pakaian, attitude dan semua nya dan seolah olah kita kenal sangat dengan dia even dalam alam maya. Sekadar perkongsian mengenai dunia blogging lepas stalk entri lama lama Hanis Zalikha tentang blogging. Antara perkara yang harus dititikberatkan ialah:


1) Alamat Belog


Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:

www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com


OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.


2) Tajuk Belog


Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Acuyuhan'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. 

SIAPA ACUYUHAN NI DOH? LAKI KE POMPUAN....... 
*click belog Acuyuhan untuk mengetahui lebih lanjut*. 


Ha macam itulah contohnya, faham? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Acu's Own World/Mind, ada mahu click? Mesti tak sangat sebab banyak Tajuk yang lebih kurang sama kan guna The Diary of ......


3) Tajuk Entri


Ini seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Milky Butter Cookies with Chocolate Chips ", trafik saya naik kepada 15%? padahal ia hanyalah biskut biasa yang apabila dinamakan dengan hebat akan jadi biskut yang luar biasa.


4) Isi Entri


Isi entri biar setimpal dengan tajuk entri. JANGAN BAGI TAJUK TIPS MENJADI BLOGGING YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI EAST COAST MALL eh Capital Mall. Tu annoying namanya. Tsk T_T


5) Ejaan


Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti 


saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. 


Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu". Itulah pentingnya Gadget Search di Side Bar untuk memudahkan pencarian entri. No need to buka satu demi satu entri lama lama.

contoh search engine

6) Gambar


Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika ketiadaan fon kamera, so terpaksa ambil gambar dari google pura pura gambar sendiri. Pernah juga pinjam fon emak untuk ambil gambar sampaikan fon emak penuh gambar anaknya sendiri. sadis betul. Sudut gambar juga memainkan peranan ea. Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar.


background cantik

7) Design


Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Pernah juga terjadi pada diriku pada awal blogging dulu semua benda nak colourful sampai kan pembaca lari. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.


8) Psikologi Minda


Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, 


www.elfiraloy.com  atau  www.elfiraloy.blogspot.com  


Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Elfira Loy, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu check it out. Betul? Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. Terpulang masing masing, bayar domain pon masing masing.


9) Variasi Topik


JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. Tetapi anda juga perlu variasikan topik anda contohnya selang selikan dengan entri entri yang berguna dan dapat memberi manfaat contohnya 


Surah surah yang boleh dibaca untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusof, Pengalaman bersalin, Bercuti di luar Negara,


Jika korang seorang yang gemar memasak dan melancong adalah bonus bagi korang untuk diletakkan didalam blog dan berkongsi bersama pembaca. Perlu diingatkan jangan letak gambar selfie saja memanjang, background cantik entah ke mana.


10) Kutukan 


Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you/your blog is, please take note. Kalau nak carut juga, variasikan cara tulisan dengan sopan dan tidak mengaibkan dan secara tak langsung memberi pengajaran kepada orang lain


11) Love Story


Kalau orang sebut blog mesti mindset akan terus fikir personal. Ye memang betul kebanyakan blog dibuat sebab personal. Tetapi korang perlu ingat personal bermaksud apa perkara aktiviti harian yang korang alami dan bukannya pasal Kisah Cinta Tak Kesampaian anda tu. Sebab kadang kadang orang boleh menyampah baca Kisah Cinta sangat melainkan kalau anda private untuk anda sorang saja tak apalah. Saya suka baca kisah cinta tapi kisah cinta yang Halal la, kalau setakat cinta monyet tak payahlah.


12) Daftar Nuffnang


Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc tapi mostly event held at area sel and KL!


contoh event invitation

Tip ini sangat sesuai untuk sesiapa yang baru ingin menjinakkan diri dalam dunia blogging. Yang dah senior pon tak apa, boleh juga untuk memperbaiki apa yang kurang. Ok Selamat Berpuasa. Mula dari bawahla sikit demi sikit. Just nak bagitahu suka tengok Rindu Awak 200%. Zul Ariffin smart.

Ok Thanks for read.

7 comments:

krung krungx said...

Nice sharing !
best best ...

Mizzi Ifwat said...

good tips..

tq for sharing.. boleh guna untuk blog saya...

oleh
http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com/

Misz Aien said...

http://seindahsakura12.blogspot.com/

Muhammad Zulhilmi said...

Nice sharing ! :)

http://zulbambam.blogspot.com/

Sal Bee Yah said...

nice sharing!saya masih baru dalam dunia blogging..memang suka baca tips macam ni..thanks!

LUKMAN ABDULLAH said...

terima kasih atas info.. sy masih baru lagi dalam dunia blogger
http://lukmanganu.blogspot.com/

MunSiKettod said...

tips yang bagus utk kak mun..tq ya