Sunday, August 10, 2014

Aidilfitri Kami


Assalamualaikum


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!


Masuk minggu ke dua raya nilah baru kami nak plan beraya rumah kawan kawan, alang alang kawan nak COD Shaklee so terus ambil aku bawak pergi jalan beraya. Then, tunggu member pula di simpang Panching dan konvoi ke rumah pertama. Mula mula kami raya di Sg Lembing, rumah pertama raya mesti makan sungguh sungguh la antaranya Mi Yimi, Nasi Dagang dan Nasi Impit. Memang kenyang lunch dan solat disana.


Lepas tu, bawak sekali kawan pergi beraya dekat Taman Tas pula, disebabkan pergi rumah member ni tak terancang so makan Mi Goreng Basah. Sangat sedap dan kenyang. Since dah nak petang, kami terus bawak sekali member dan terus beraya di rumah aku sekali nak hantar balik dan makan Mi Goreng Basah lagi. Harini rumah pertama sampai ke rumah aku memang makan mi saja.


kawan sekolah menengah


dhe', naim, oley, syaza

memang macam macam kami sembang yelah dah lama tak jumpa. Last jumpa pon masa form 6 dulu. Lepas beraya macam biasala mesti ada sesi bergambar dulu. Masa beraya nilah dapat pergi rumah kawan kawan, dah tahu rumah senang sikit boleh pergi lagi. Lepas beraya rumah memang tak dapat nak join dah sebab ada kawan sekolah rendah nak datang.


So lepas kawan balik pukul 5.30 pm tu, pukul 6 pm kawan datang, nasib baik famili sempat masak Mihun semua. Rasa segan sangat mula mula jumpa kawan lama time budak budak dulu, last jumpa darjah 6 sepuluh tahun dulu. Speechless tak tahu nak sembang apa lagipon masing masing dah pindah. Tapi nasib baik kami masih contact lagi walaupun dah lama.


kawan sekolah rendah

dayah, nadia, dila, mimi dan isza

macam macam kenangan terusik kembali dan yang penting masing masing masih tetap tak berubah macam dulu lagi.


Thanks datang korang




Memang penat sangat semalam dari tengah hari sampai Maghrib, tapi Alhamdulillah penat tu berbayar bila dapat jumpa kawan kawan lama walaupun ada yang malu malu dan harap korang bila dah tahu rumah ni boleh datang lagi insyAllah. Muka memang berminyak gila seharian keluar malas nak letak gambar. 


Minta maaf kalau ada yang kurang sepanjang layananku, masak pon sekadar masak yang ringkas sebab memang tak sempat. Kawan kawan ada yang dah bekerja, praktikal, dan belajar lagi dan insyAllah kita konvo sama sama ye.

Ok Thanks for read.

2 comments:

luqman zakaria said...

time rayalah dapat jumpa ramai kawan kawan..lau ari2 lain memang susah kan..

young girl said...

bestnya raya lagiiii