Friday, August 29, 2014

Pais Tempoyak Ikan Patin


Assalamualaikum


Haritu pergi open house jiran lama, memang sedapla juadahnya antaranya kambing, gulai semua dah macam bukan juadah raya.. Memang rare la hidangan nasi berlauk waktu open house, Yang paling best siap hidangkan lauk Pais Tempoyak Ikan Patin, sedap first time makan pais. Disebabkan sedap so semalam belajar buat dengan mak.


Bahan bahannya :


Bawang besar, cili api merah dan hijau, kunyit hidup, daun kunyit, serai,(kisar)
tempoyak
ikan patin yang siap dibasuh dan dikelar
daun pisang


Cara caranya:


1, 2) potong kecil kecil semua bahan bahan dan kisar kering.

3) dah kisar, gaulkan bahan dengan tempoyak sehingga sebati.

4, 5, 6) dah gaul, letakkan atas daun pisang, lumur ikan dengan bahan dan bakar dalam pemanggang ajaib sehingga masak.


SIAP!!!





p/s : boleh juga dibuat selain ikan patin, boleh dikukus atau dibakar dalam oven, 


Buat sekejap yang lama semasa nak tunggu ikan masak dengan sempurna. Sangat sedap dimakan panas panas dengan nasi kosong dapat rasa rempahnya. Ok sangat senang, cepat dan sedap.

Thanks for read, Selamat Mencuba

4 comments:

Nizam Abu Jalil said...

I love your blog. Full of story especially entries about your recipe.

NAJ

Nurfaezah Abdullah said...

fae x pandai mam tempoyak

TunSha Ayunie said...

sha kalau makan pais ikan ni mesti dengan kicap manis kipas udang... sebab pais ni ada masam2 sikit kan.. kena dengan kicap manis... alahaiii layan sangat ! acu buat orang terliur :(

aishah nin said...

Uwaaaaa...!!!! Sedapnye! Makanan jawo ni...hihi