Sunday, August 17, 2014

Pau Daging


Assalamualaikum


Bulan puasa lepas  masa buat donat alang alang buat sekali dengan Pau Goreng sebab nak pelbagai kan kuih lagipon serunding daging yang lepas masih ada lagi. Erm lagi sedap kalau letak kacang merah, tapi tak ada. Nak dibandingkan donat dan pau masa buat tu, lagi lembut pau berbanding donat. Sebenarnya doh yang sama boleh buat pelbagai makanan antaranya pizza, roti, burger malaysia dan banyak lagi, Yang membezakan cumalah persembahan kita nak buat apa.




Bahan bahannya:


500g tepung gandum
serunding daging
6g yeast
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu tepung/pekat
garam


Cara caranya:


1) cairkan mentega dan rendam yis bersama 1 sudu kecil gula dalam segelas air suam

2) masukkan tepung, susu, garam, mentega dan bancuhan yis.. uli sampai doh sebati dan tidak lekat di tangan. kalau kurang air, pandai pandai tambah air

3) dah uli, tutup dan biarkan doh selama 30 minit supaya doh mengembang 2x ganda dari asal.

4) doh dah mengembang lagi besar dari saiz asal

5) bulat dan leperkan adunan, letakkan 2 sudu inti dan bulatkan.

6) dah bentukkan, biarkan adunan kembang dan terus goreng atas api perlahan


SIAP!!!







berikut bahan adunan doh yang sama yang kami pernah buat:

Donat

Thanks for read. Selamat Berpuasa Enam

3 comments:

Ana Muslim said...

singah blogwalking di sini

TunSha Ayunie said...

kite suka makan pau kukus...!! hiuhiuhiu

Faarihin said...

Pau jenis ni, teringat plak dengan pau sambal masa zaman sekolah dulu. Sedap. Lebih-lebih lagi bila digoreng garing.

Ada resepi ni bolehlah try nanti. Thanks sharing. =)