Tuesday, August 26, 2014

Pressed Milk Cookies


Assalamualaikum


Haritu bulan puasa kakak buat Biskut Susu tapi menggunakan acuan semperit. Sangat mudah dan senang, bahan yang diperlukan pon cumalah 3 bahan utama saja. Biskut ini sangat sedap dan bila dimakan ia akan mencair didalam mulut. Kalau ikut acuan Semperit betul memang rumit dan banyak kerja. So buat Semperit mudah saja.



Bahan bahannya:


250g Buttercup
1/2 tin susu pekat
500g Tepung Jagung


Cara caranya:


1) Panaskan ketuhar. Pastikan butter lembut (suhu bilik). Putarkan butter sehingga hancur

2) Masukkan susu pekat dan kacau

3) Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau

4) Putar sehingga adunan boleh dibentuk. Bentukkan adunan ikut suka hati dan bakar pada suhu 140 C selama 15 minit (bergantung kepada oven masing masing)


SIAP!!!






Disebabkan kami nak siap cepat,so bantai sajalah bentuk apa nak buat yang penting sedap. Jangan lupa beli hiasan seperti ceri, kismis, kurma etc untuk dihias. Kami cuma hias dengan choc chip dan badam saja sebab lupa beli hiasan. Sebenarnya lagi cantik kalau buat acuan semperit yang panjang dan leper tu.

ok selamat mencuba thanks for read

4 comments:

TunSha Ayunie said...

senang gila bahan !! sayangnyeeeeeee lahai beta takdaq oven...

miZz_nizZ said...

mcm menarik! =)

Farrah MF said...

simple nya resepi,..tapi nampak tempting :)

shalimar yusof said...

mcm best je time kacau tu...bila la nk bljr buat cookiess neehh...

follower#3935