Sunday, August 24, 2014

Shiseido Black Mask


Assalamualaikum


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN!!!


Ok minggu lepas aku ada order barang online, tak tahulah pula owner tu siap bagi free gift Shiseido Black Mask sekeping, so letak jelah rata rata sebab memang tak berminat. Lagipon aku ni jenis yang malas jaga muka sangat, cuma guna pencuci muka dan krim saja. Memang tahap pemalas la jaga muka sebab tu muka penuh jerawat, whitehead, blackhead semua.


So start dari semalam sampai hari ini hidung aku gatal sangat sebab resdung dan maybe banyak black head. So tengah tengah belek hidung ternampak la mask free ni. So try sajalah dan google cara cara pakai mask dan kelebihan mask ni apa. Kalau bukan sebab dapat free, memang tak kan beli sebab tak berminat dan sakit.






Cara Pakai Mask:


1) Bersihkan muka dengan Pencuci muka. Keringkan muka. Lepas tu, stim muka dengan air panas. Stim senang saja just tuang air panas dalam bekas dan biarkan wap naik ke muka sampai berpeluh. Stim ni penting untuk membuka liang liang pori kita supaya mask dapat tarik segala kekotoran muka.


2) Then, ratakan mask di sekeliling muka kecuali kening dan bahagian mata dan tempat berbulu halus. Kalau tak jenuhla seksa time nak tarik buang mask. Biarkan kering sekering keringnya lebih kurang 30 minit. Dah kering cabut mask dari dagu ke atas perlahan perlahan. Lastly, basuh muka dengan air biasa untuk tutup balik liang liang pori.


Dayang Senandung

nampak macam sikit satu paket tu rupanya banyak, bau mask ni pon sedap macam berangin sikit. Mask ni dah lama dah sebenarnya tapi aku ni saja yang baru berpeluang nak try. Dah kering, memang banyaklah hasil kekotoran yang dapat ditarik oleh mask ni. Sakit juga buang mask ni siap berair mata aku mana taknya bulu bulu halus muka pon ditariknya.


kekotoran muka yang warna putih putih tu.

whitehead dan blackhead

Mesti korang dah pernah cuba, siap ada Shiseido White dan Gold Mask lagi. Alhamdulillah lepas pakai sekali, dah kurang rasa gatal hidung. Rupanya baru tahu penting rupanya mask ni seminggu sekali buat untuk membung kekotoran dalam dalam yang tak dapat dibuang oleh pencuci muka. Ok korang boleh google kalau nak tahu kelebihan mask ni.


ok Thanks for read. 

No comments: