Monday, September 1, 2014

Cabaran 30 Hari / Hari 1 : 1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Acuyuhan


Assalamualaikum


Aku jarang join segmen atau give away jika ada blogger yang anjurkan, maybe sebab malas kot. Since sekarang famous dengan cabaran 30 hari so tergerak nak join sebab nak cabar diri buat entri setiap hari. So since sekarang tengah bosan nak update 5 entri untuk hari ini sebab dah terlambat join. Sangat respek kepada penganjur cabaran ini. So kita mulakan.


GAMBAR TERBARU:



Gambar latest mesti bersama kucing ku sebab bukan selalu ambil gambar


5 FAKTA MENGENAI ACUYUHAN :


FAKTA #1

Seorang penggemar kucing, SANGAT SANGAT!!! tengoklah latest pic pon bersama kucing sampaikan satu keluarga kami pon minat kucing. Mak dan akak aku yang dulu tak suka kucing pon sekarang dah boleh terima kucing sampaikan asyik asyik cerita pasal kucing even kalau kucing terbiar di mana mana pon aku boleh belai belai kucing terbiar tu.


FAKTA #2

Seorang yang tak suka iron even baju sendiri pon malas sangat sampaikan aku sanggup beli baju raya yang BUKAN kain cotton or satin sebab malas nak iron punya pasal. Melainkan jika terpaksa pakai baju tu aku akan cuba cari satu hari untuk iron semua pakaian yang perlu iron biasanya sebulan sekali. Dan baju baju aku even tudung pon aku basuh tak perah sebab nak elakkan dari kedut seribu.


FAKTA #3

Tak suka masuk dapur sangat sebab aku lebih prefer buat kerja luar rumah berbanding panaskan diri di dapur kecualilah aku semangat nak masak, baru aku masuk dapur. Aku lebih sanggup basuh/sidai/lipat baju berbanding akak aku yang rajin ke dapur. Melainkan tak ada orang dirumah, so terpaksa lah masuk nak tolong mak masak.


FAKTA #4

Suka makan sangat dan akan pastikan kalau pergi mana mana mesti bawa bekal makanan sendiri. Tapi kalau makan akan pastikan tak kenyang sangat sebab memang jenis suka mengunyah sentiasa so sebab tu tak nak makan full sangat sebab nanti tak boleh makan benda lain. Melainkan kalau lapar gila, memang akan makan sampai senak perut.


FAKTA #5

Kalau pergi kedai makan or restoran akan pastikan order makanan yang senang nak makan contohnya sayur or ayam dah siap potong kecik. Sebab aku jenis malas nak makan guna tangan dekat restoran dan malas nak gigit ayam, so aku lebih prefer makan nasi dengan sayur/tempe. Dekat rumah lainla nak genggam ayam dua dua belah tangan pon boleh.. 

OK done anda sudah kenal sedikit Acuyuhan. Nantikan entri seterusnya

No comments: