Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 11: Kenangan Lucu Zaman Kanak Kanak


Assalamualaikum


Kenangan lucu zaman kecik kecik banyak sangat disebabkan aku ni bongsu dan nakal sangat dalam famili. Tapi aku just cerita yang masih ingat lagila. Tapi muka aku time kecik memang beza dengan time besar, aku pon konfius, sebab ada sesetengah orang muka memang tak berubah dari kecik sampai besar.


KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK ACUYUHAN


with kakak. 2001

Kegilaan aku pada kucing memang terserlah dari kecil lagi sampaikan aku tidur dan main dengan kucing pertama kami iaitu Toy. Time Toy mati pon, menangis aku sebab tak ada teman sepermainan dan meluahkan perasaan. Ayah aku time kami adik beradik kecil dulu, memang sangat baran. Salah sikit dah kena ketuk. Boleh katakan sampai kami takut nak pandang ayah.


Ingat lagi masa time sembahyang jemaah dengan ayah ramai ramai, tiba tiba kucing aku lalu dekat sejadah. So aku dengan automatiknya terus panggil nama Toy sambil buat bunyi kucing dan menghulurkan tangan. Apa lagi, Toy pon datangla dekat dengan sejadah aku. Tiba tiba aku tengok sebelah akak akak aku tengah menahan ketawa dalam sembahyang.


Rupanya dorang tergelakkan aku sebab main dengan kucing time tengah solat jemaah. Habis batal solat dorang. Yela time tu budak tak tahu apa apa, just ikut pergerakan semua orang. Sampaikan lepas habis solat tu pon, ayah aku yang garang tu boleh tergelak sebab aku panggil Toy dalam solat. 


Alhamdulillah semakin membesar kami, semakin kami bersyukur sebab ayah kami garang dulu. Kalau tak,mesti kami lebih teruk perangai dari sekarang. Betullah kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi sekarang mak ayah pula kena ikut kata anaknya. Nauzubillah.

Tapi kami tak ada pon gambar Toy masa dulu. Kan best kalau time tu dah ada kamera fon boleh ambil gambar Toy sebelum mati. Thanks for read

No comments: