Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 12: 5 Wishlist Anda


Assalamualaikum


SELAMAT HARI MALAYSIA!!!


So kita sambung balik cabaran yang tertinggal lepas lepas. Rasanya semua orang ada impian masing masing kan sama ada impian jangka pendek atau jangka panjang. Kalau ikutkan, banyak sangat wishlist aku, boleh katakan nak makan aiskrim magnum pon impian aku taw dulu. Erm nasib baik dah tercapai.


LIMA WISHLIST ACUYUHAN




# KONVOKESYEN

Since aku dah di tahun akhir, Ya Allah perasaan nak konvo tu rasa macam tak sabar sangat sebab selama ni aku selalu join jadi crew untuk Festival Konvo Utm dan selalu sangat tengok para graduan ulang alik dengan jubah konvo masing masing, happy bersama keluarga masing, bergambar penuh kegembiraan semua. Doakan aku di tahun akhir ni ye!!




#GOOD CAREER

Lepas dah konvo dan habis belajar, mestilah ingin mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan bagus. Aku selalu terfikir lepas aku habis belajar nanti, ada ke mana mana company nak hire aku disebabkan sekarang ni majikan lebih suka mencari pekerja yang bijak dan berpengalaman kan. Tapi aku percaya rezeki itu mesti ada.




#MY OWN CAR

Kalau dah dapat kerja yang bagus, next step mestilah memiliki kereta sendiri untuk memudahkan ke tempat kerja dan senang untuk hang out bersama kawan kawan. Aku tak tahu kerta idaman aku apa, tapi yang pastinya mungkin kereta idaman aku itu mengikut peredaran zaman yang akan datang.




#HAPPY FAMILY

Bila aku rasa semua diatas ni dah tercapai barulah akan fikir pasal pasangan hidup, memiliki keluarga yang sakinah dan dikurniakan generasi generasi yang soleh dan solehah. Juga menjadi anak yang baik, hamba yang taat, isteri yang soleh dan emak yang penyayang.




#MAKKAH

Nak sangat menjejakkan kaki ke Mekah tak kisahla buat umrah ke haji ke. Sebab bila kita ke sanalah, kita akan rasa lebih kerdil dan lebih dekat kepada Allah, sentiasa beribadat kepada Allah dan nak sangat minta semua kepada Allah supaya dimakbulkan.


Huh akhirnya siap juga cabaran kali ini sebab aku lebih suka dahulukan cabaran yang mudah muah dulu sebab malas nak fikir lama lama, erm nasib baik cabaran kali ini senang sikit. OK dah mengantuk. Esok kelas pukul 2 petang sampai pukul 7 petang.

Thanks for read. Selamat Malam

1 comment:

Sal Bee Yah said...

semoga tercapai semua hajat awak.. :)