Monday, September 15, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 15:Surat Kepada Seseorang


Assalamualaikum


Erm dah lama tak tulis surat ni sebab kecanggihan teknologi sekarang ni membuatkan kita berat tulang. Tapi sebenarnya suratlah yang lebih feeling dan rasa dihargai. Aku rasa nak tujukan surat kepada seseorang yang aku sangat ambil berat dan prihatin


SURAT ACUYUHAN KEPADA SESEORANG



  • Kepada awak, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni sebab disaat kita tak bersyukur cuba selalu letakkan diri kita di tempat saudara kita di Gaza yang masih dalam kelaparan dan ketakutan

  • Kepada awak, kurangkanlah merungut tentang apa yang ada sekarang sebab dengan merungut seolah olah kita tidak bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan. Secara automatik dengan banyak merungut akan menjauhkan kita dengan Allah.

  • Kepada awak, tolonglah jaga hati orang orang di sekeliling awak, jaga percakapan. Kalau tak suka, cuba untuk tidak tunjukkan dan pendamkan saja demi menjaga hati masing masing. Cuba untuk menghargai apa yang orang lain beri pada kita.

  • Kepada awak, tujuan surat ini ditulis bukanlah untuk memalukan awak tapi hanya sebagai peringatan kepada kita semua untuk lebih matang dalam kehidupan dan membina hubungan yang baik dengan orang lain.

Sekian terima kasih. Ok Thanks for read

1 comment: