Sunday, September 21, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 21:Tempat Yang Ingin Pergi & Tak Pernah Pergi


Assalamualaikum


Niat sebenar nak cari bahan untuk buat poster Kelab Inovasi, tapi update cabaran 30 hari dulu. Tempat yang dah lama aku pasang niat nak pergi dari dulu ialah Malaysia Barat sebab time kecil kecil dulu selalu anggap semua tempat yang over the sea mesti negara lain sebab kena naik flight kan. Sampaikan pernah pasang niat nak belajar sana tapi tak dapat.


TEMPAT YANG ACUYUHAN INGIN PERGI & TAK PERNAH PERGI


#SABAH


Pulau Sipadan

Aku tak berapa tahu sangat tempat tempat menarik di Sabah cuma yang aku dapat search antaranya Pulau Sipadan, Kundasang Dairy Farm, Sepilok Orang Utan, Gunung Kinabalu dan banyak lagi. Teringin sangat nak tawan puncak Gunung Kinabalu dan ambil gambar banyak banyak dekat atas. Erm geram pula tengok orang utan rasa macam nak culik sekor bawa balik semenanjung. ^_^


Kundasang Dairy Farm

Sepilok Orang Utan

Mount Kinabalu


#SARAWAK




Bila cakap pasal Sarawak rasa nak berkenalan dengan kaum kaum etnik dekat sana dan belajar budaya masing. Dapat tengok natural environment yang cantik, pegang Bunga Rafflesia dan yang paling best dapat beli dan makan kek lapis Sarawak puas puas. Serius suka sangat sebab pernah try makan dan sedap serta menarik. No wonderlah mahal sebab rumit nak buat.


Semenggoh Widlife centre

Rafflesia

Kek Lapis

Erm rasanya kalau dapat pergi Malaysia Barat mesti tak cukup seminggu sebab Sabah Sarawak kan besar rasa macam nak pergi ke setiap daerah saja. Dalam masa yang sama pelancongan Malaysia pon banyak ke arah Sabah Sarawak. Tak lupa juga maybe dapat belajar dan borong kraftangan mereka yang begitu asli.

OK Thanks for Read.

No comments: