Tuesday, September 23, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 23: Pekerjaan Impian Selain Pekerjaan Sekarang


Assalamuaalaikum


Since masih student, so seharusnya lepas habis belajar nanti aku akan bekerja bawah orang untuk mencari pengalaman dan lebih terdedah kepada persekitaran dalam masa yang sama untuk menyimpan duit demi masa depan. Erm takut dan tak sabar pula rasa nak bekerja sebab aku tak pernah ada pengalaman kerja yang betul betul. Setakat kerja tak formal tu banyakla.


PEKERJAAN IMPIAN ACUYUHAN


Seriously teringin sangat nak ada satu perniagaan bawah nama kita sendiri, yelah takkanlah selamanya kita nak makan gaji lagipon 3/4 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Sebab tulah kita kena bekerja bawah orang dulu sebelum orang kerja bawah kita. Businessman yang berjaya sekarang ni pon bermula dari bawah juga.






Teringin nak ada perniaggan makanan sebab bagi aku perniagaan yang berasaskan makanan berbanding pakaian lebih menguntungkan since kita manusia memang kena makan untuk hidup. Kalau diberi peluang nak buka perniagaan makanan yang mudah, cepat, dan sihat ditambah pula dengan dekorasi tempat yang cantik, santai dan wifi area. Huh terus rasa nak tidur dan tak nak balik rumah.








Kenapa semua gambar Tutti Frutti??? Entahla maybe sebab aku suka dan kagum dengan servis dan perkhidmatan dorang ditambah pula dengan dekorasi colourful yang cantik. I wish i want to own business like this tapi ditambah dengan makanan berat sebab makan yogurt saja tak kenyang. hehe

OK Thanks for read ^_^

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow

zarulfarhana said...

Aduh teringin aiskrim Plak tgk pic tutti frutti