Sunday, September 28, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 28:5 Perkara Bermula Dengan Andainya


Assalamualaikum


Erm pejam celik pejam celik dah hampir 4 minggu dah kami buka sem, rasa macam sekejap saja sebab banyak benda buat, minggu ni pon dah start raya Haji. Tak tahulah nak balik ke tak sebab banyak sangat kerja tak settle lagi, takut pon ada. Erm SPSS pon tak start belajar lagi.


5 PERKARA BERMULA DENGAN ANDAINYA




#AKU MASUK SEKOLAH TAHFIZ

Suka sangat tengok raut wajah hafidz dan hafidzah ni sebab kita boleh nampak ada nur diwajah mereka. Kan tak apa kalau dulu time kecil aku masuk Daru Quran ke sekolah pondok ke. Tapi tak apa mungkin ada hikmah di sebaliknya. Sebab bila kita dah tahu teknik menghafaz, rasa macam senang saja menghafaz.


#AKU SEKOLAH DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

Seriously dengki sangat tengok orang yang boleh cakap selain bahasa ibunda dan bahasa inggeris. Kadang kadang selalu terfikir untungnya kaum cina india dapat pelajari 3 bahasa at least. Aku pernah ambil kelas mandarin di uni tapi sampai tahap 3 saja sebab banyak komitmen lain lagipon tak ada transport.




#AKU BELAJAR DI LUAR NEGARA

Dulu aku sekolah arab, so bahasa arab memang tahu tapi tak fasih sebab maklumlah kita malaysian susah nak praktikkan nak nak dekat UTM ni memang tak belajar langsung arab. Kalau mandarin, tak apalah sebab boleh berlatih cakap dengan mereka. Kawan kawan yang sambung negara timur tengah mesti dah fasih bahasa pasar arab.


#AKU DAPAT BIASISWA

Dengki sangat tengok kawan kawan dapat JPA Scholarship mana taknya dapat lebih kurang RM5K+++ sebab tu major kawan kawan yang ada kereta semua pemegang biasiswa. Kalaulah dapat biasiswa akan aku simpan dan berjimat cermat guna duit itu tapi nak buat macam mana aku pernah minta tapi tak layak.




#AKU DAPAT PUTAR MASA LALU

Bila fikir balik dari zaman aku kecil sampai sekarang sikit sangat pengorbanan yang aku buat dekat parents aku. Boleh katakan aku banyak sakitkan hati mereka berbanding jaga hati mereka. Nak sangat tebus kesalahan dulu sebab rasa macam aku sangat jauh dengan title anak solehah. Begitu jaga dapat jaga hati kawan kawan dan orang terdekat yang pernah aku sakitkan hati mereka dulu 


Suka sangat letak moment gambar bersama kawan kawan sebab tak sangka dalam diam diam rupanya kawan kawan aku semuanya ada bakat terpendam. Lumrah perempuan kalau pergi mana mana mesti banyak masa habiskan ke bergambar.

OK Thanks for read. Happy Weekdays ;)

1 comment:

zarulfarhana said...

SPSS.. Saya dh belajar sem lepas... Xla susah tapi memang kena slalu tnya lecture LA. Senang faham