Wednesday, September 3, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Acuyuhan


Assalamualaikum


SESUATU YANG MENGUATKAN ACUYUHAN?




Bila sebut pasal apa yang menguatkan diri ini biasanya FAMILY aku sebab dari kecil kita bersama keluarga kita dan orang yang lebih faham dengan kita pon famili kita juga, boleh katakan separuh hidup kita memang banyak dihabiskan bersama dengan keluarga masing masing kan terutamanya aku yang memang sangat bergantung pada mak ayah.


Kadang kadang bila malas sangat nak belajar, aku akan fikir mak ayah banyak habiskan duit untuk kita dari kecil sampai sekarang dan bila kita kira kira segala wang ringgit yang dihabiskan oleh mak ayah kita boleh dibandingkan dengan harga kereta mewah, banglo semua malahan lebih. Tapi disebabkan kita tak nampak tu yang membuatkan kita leka,


Abang dan kakak kakak aku yang selalu luangkan masa untuk adik bongsu mereka ni, sanggup mengalah semua memang tak ternilai jasa family kita. Nak sangat belajar rajin rajin dan dapat konvo macam adik beradik yang lain, rasa macam tak sabar sangat nak pakai jubah konvo semua dan itulah yang menguatkan aku.


Selain family, antara insan yang menguatkan aku ialah INSAN BERJAYA dan banyak ilmu dan pengalaman. Aku selalu fikir Kalau Mereka Boleh, Kenapa Kita Tidak? Jawapannya mesti boleh yang meMbezakan nya cuma malas dengan rajin. Kadang kadang jeles sangat dengan kaum cina dan india sebab mereka boleh communicate 3 bahasa.


Rasa macam besar nanti nak hantar anak anak pergi belajar sekolah cina supaya mudah bergaul dengan mereka dan hantar belajar dekat negara yang berjaya contohnya Korea, Jepun, Itali, Jerman, Cina. Dalam masa yang sama nak hantar juga pergi menghafaz Quran sebab sejuk hati tengok muka orang orang yang hafaz Quran ni.


Erm banyaknya impianku.. ok Thanks for read

No comments: