Tuesday, September 30, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 30: Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog


Assalamualaikum


Erm dari petang tadi sampai ke malam ni ramai kawan kawan dah beransur pulang ke rumah masing masing nak sambut Raya Haji sedangkan aku masih disini buntu tak tahu nak balik bila, tiket pon tak beli lagi. Tak tahu nak balik ke tak nak sebab cuti mid sem pon dah nak dekat so better tak balik siapkan tesis kami.


APA YANG ACUYUHAN DAPAT DENGAN BERBLOG??


Disebabkan cabaran hari akhir boleh pilih antara Perkara Menarik yang Anda Bangga Tahun Ini atau Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog, so aku decided nak tulis dua dua entri ini sebab aku rasa best pula taip selalu sebab maybe dah terbiasa menaip setiap hari untuk cabaran ni. So ini menunjukkan yang Cabaran ini berkesan terhadap aku.




#PENDAPAT SENDIRI

Perkara pertama yang aku masih stay dengan blog even dah banyak orang ketepikan blog sejak kewujudan instagram, whats app ialah dengan berblog lah aku rasa lebih dekat dengan pembaca walaupun di alam maya. Aku dapat mengutarakan pendapat aku sendiri dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu dalam mengarang ayat yang menarik sebab dulu aku bukan jenis yang puitis.




#TAMBAH KENALAN

Keduanya, semestinya dengan berblog aku dapat kenal lebih ramai orang terutamanya daripada Kelab Blogger Ben Ashaari dan saling bertukar tukar pandangan. Betul sebab rata rata aku kenal model dan usahawan seperti Ara Lee, Fatin Suhana, Mira Filzah semuanya bermula dari dunia blogging dan dari situ kita boleh nampak perkembangan karier mereka dari blogger ke usahawan. Ini menunjukkan pentingnya membuat networking di dalam blogging supaya lebih senang untuk bertapak lama dalam dunia perniagaan.




#BERKONGSI PENGALAMAN

Memang best sangat dapat berkongsi kenangan manis, ilmu dan tempat menarik dengan orang lain sebab mana tahu mungkin akan datang semua kenangan dalam blog masih tersimpan kukuh dan boleh diabadikan untuk generasi akan datang. At least kenangan kita tak berlalu begitu saja dan dapat ditunjuk ke anak cucu cicit kita nanti insyAllah.


Blogging ni nampak saja remehlah lecehlah, tapi sekali awak terlibat dengan blog, awak takkan berupaya untuk berhenti. Mungkin ada lagi kelebihan dari segi income or recognition, tapi tu semua tak penting sangat sebab bagi aku yang penting dalam menulis blog adalah keikhlasan dan sabar sebab mana ada orang buat blog hari ini, esoknya dah ada 1ooo follower, memang tak logik.

OK Thanks for Read. Rajin, Ikhlas dan Sabar itu adalah kunci dalam blogging 

3 comments:

Sal Bee Yah said...

setuju! blogging ni lebih puas dari media sosial lain mungkin sebab crowd dia lebih besar

sYiRa LoKMaN said...

selamat malam..syira cuti 4 hari so jom blogwalking...hehe ^_^

Erika Castillo said...

salam aidiladha..follow blog ni..salam kenal^^