Tuesday, September 30, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 30:Perkara Menarik Yang Anda Bangga Tahun Ini


Assalamualaikum


Alhamdulillah akhirnya sampai ke hari last dan secara tak langsung kita bakal bertemu bulan oktober juga akan menyambut Raya Haji minggu ini. Tak tahulah apa yang aku banggakan tahun ni sebab aku rasa aku banyak lalai dan buang masa even kerja banyak nak kena buat. Adalah perkara yang dibanggakan tapi cuma boleh dikira berapa saja.


PERKARA MENARIK YANG ACUYUHAN BANGGAKAN TAHUN INI




#HEALTHY LIFESTYLE

Start sem ini aku berazam untuk sentiasa mengamalkan aktiviti sihat setiap petang walau sesibuk mana pon. Alhamdulillah sampai ke minggu 4 ni aku berjaya melakukan aktiviti cergas setiap hari. Bukannya nak fit sangat pon tapi sebab nak mengeluarkan peluh sebab aku nak jadi Pemegang Ijazah Kelas Pertama so aku percaya Akal yang Cerdas pada Badan yang Cergas.




#BERHUBUNGAN BAIK DENGAN KAWAN KAWAN

Kami selalu plan sesuatu tapi apa yang diplan mesti tak pernah mendapat sokongan semua seolah olah macam ada GAP diantara kami. Aku perasan since sekarang ni sem yang mencabar, so mostly kawan kawan banyak beremosi dalam sesuatu perkara dan terlalu terbuka demi menjaga hati sendiri. Kadang kadang tak semua perkara perlu diluah sebab aku percaya Orang yang Bijak adalah Orang yang Pintar Mengawal Emosi. Sebab sesetengah orang dia laju nampak kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan sendiri tak pernah nampak. 


Kalau ikutkan aku juga seorang yang outspoken, mulut lepas tapi bila fikir balik kalau semua orang outspoken, sampai bila nak settle. Ikutkan jari ni nak saja taip laju laju luahkan apa yang terbuku tapi cuba fikir akan datang, apa persepsi orang terhadap kita dan apa penerimaan mereka. Tidakkah ini semua sangat kebudak budakan. Come on lah aku yang masih belum cukup 22 pon boleh fikir dalam dalam. 


TAPI TAK APA, I LOVE MY FRIENDS




#MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Seriosly dulu aku tak pernah solat Dhuha sebab solat sunat saja tapi bila fikir balik adakah semua amalan wajib aku tu betul betul diterima Allah sedangkan aku tak ada back up lain contoh amalan sunat lain. So mulai sekarang, bertekad nak banyakkan amalan sunat untuk menjamin kita masuk Syurga dan diredhai Allah. Lagipon salah satu kunci dimurahkan rezeki adalah dengan mengerjakan Dhuha 


Semua di atas adalah pandangan aku saja dan perkara yang ingin aku ISTIQAMAH dalam melakukannya. Semoga banyak lagi perkara baik yang akan aku buat dan dapat dikongsi bersama. 

OK Thanks for Read. Welcome Oktober!!!

3 comments:

sinuha said...

Saya doakan semoga berkekalan semua amalan tu ye? :)

maidatul said...

Assalam...
Waa seronoknya dapat beraktiviti macam tu...semoga dapat kekalkan aktiviti sihat tu...besttt tu..

Semoga dapat istiqomah ye :)

Salam kenal juga :)

Khairul Bariyah said...

in sha allah ..saya juga dulu memulakan solat dhuha semasa zaman universiti..walaupun dah pelajari masa zaman sekolah lagi.. memang berbeza dengan pengamalan solat dhuha..semoga kita sama sama berjaya di dunia dan akhirat..in sha allah