Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 7: Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Anda?


Assalamualaikum


So kita masuk kepada topik seterusnya walaupun agak agak ketinggalan. I guess rata rata blogger mostly student as well as me. STUDENT disini maksudnya pelajar tak kiralah pelajar sekolah mahupun pelajar ipta/ipts. Boleh katakan kebanyakan kita mendapat pendidikan awal kalau tak, macam manalah korang nak blogging kalau tak ada ilmu semua. Even pernah aku buka blog seorang budak 9 tahun, memang lawa design mengalahkan orang dewasa.




SEJAUH MANA PENDIDIKAN PENTING BAGI ACUYUHAN???


Bagi aku, pendidikan penting kerana hanya pendidikan saja yang akan menjamin kehidupan seseorang itu sebab itulah wujudnya pinjaman/biasiswa pendidikan dengan tujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia belajar. Kita pun selalu dipapari dengan kehidupan ibu bapa yang susah yang sanggup bekerja keras untuk mendapat wang demi menggalakkan anaknya belajar tinggi tinggi.


Dengan pendidikan la kita boleh mempunyai pekerjaan yang sesuai, yang membezakannya cuma cepat atau lambat saja rezeki itu sampai. Kalau ada yang lebih mampu, mungkin boleh sambung ke peringkat lebih tinggi. Satu lagi, cara kita bersosial dengan orang pon bagi aku penting sebab dengan bersosial lah dapat menambah jaringan baru dan lebih keyakinan, sebab itulah pentingnya aktiviti luar kelas.


Selain menjamin kehidupan, ia juga sebagai pengenalan kepada kita contohnya dengan pendidikan yang kita ada, orang lebih hormat dan pandang tinggi terhadap kita walaupun masih belum mengenali kita sebenarnya. Tapi walau apa apapun jangan kita pernah berhenti belajar sebab ilmu ini luas, so belajarla tentang segalanya selagi boleh.

Ok Thanks For Read