Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari/Hari 9: 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda


Assalamualaikum


Erm baru aku tahu bukan senang sebenarnya nak udate entri setiap hari, memang tercabar rasa sangat sesuailah dengan nama Cabaran 30 Hari. Tajuk kali ini pon jenuh aku nak fikir karakter lelaki macam mana yang buat aku tertarik. Penat tau nak fikir.


5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN ACUYUHAN





#KEMAS


Kalau ada 100 orang lelaki depan kita, mesti ada 1 yang akan buat kita tertarik terutamanya dari segi penampilan yang kemas dan bersih. Kita pun kenalah kemas kalau kita nak pasangan kita kemas kan sebab ia menunjukkan yang seseorang itu pandai berhias diri dan pandai mengemas.


#BEKERJAYA


Kalau seseorang tu bekerjaya automatik dia tu seorang yang berpendidikan tinggi so dengan cara tu kita akan rasa teringin nak tahu seseorang tu seperti contoh Dr Fatin Liyana, semua orang kagum dengan dia sebab bijak malah semua orang nak tahu pasal kehidupan dia kan


#TOUGH


Aku memang ada satu tabiat iaitu suka sangat tengok lelaki sasa even mukanya biasa biasa. Kalau lelaki hensem mana pon tapi kurus, aku rasa biasa saja. Entahla mungkin bagi aku, kalau lelaki tu tough seolah olah dia dapat protect kita dan seorang yang sihat.




#BERSAHAJA


Lebih suka lelaki yang bersahaja maksudnya lelaki itu jadi diri sendiri, tak perlulah nak berlakon jadi orang lain atau berpura pura dan tidak over. Kalau seseorang tu berpura pura memang kita dapat detect yang dia cuma nak tarik perhatian saja.




#BERPERWATAKAN MENARIK


Ini rasanya semua orang suka terutamanya cara dia layan kita, cara dia bagi perhatian kat kita semua orang boleh cair kot nak nak lelaki yang charming. Kadang kadang boleh angau sorang sorang tau.. haha. Eh kenapa semua muka ZUL ARIFFIN?? Maybe aku suka cara dia berlakon yang bersahaja dan senyuman sinisnya. Apa pun kalau semua ni ada, tapi aku tetap lebih pentingkan agamanya.

ok Thanks for read. Nantikan next entri ye.

1 comment:

eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

done follow your blog...hehe...thanks...awk,camne nk join cabaran 30 hari ni???