Saturday, September 27, 2014

Makan Angin di Pantai Batu Layar


Assalamualaikum


Akhirnya plan untuk kami sekelas keluar bersama menjadi juga, Alhamdulillah. Tapi cuma 14 orang saja yang dapat pergi since yang lain ada komitmen masing masing. Risau juga nak berkelah ni sebab lately Johor asyik hujan saja. Nasib baik time kami pergi cuaca baik dan hujan cuma pada waktu kami nak balik UTM. So bergeraklah kami 3 kereta ke sana.


Pantai Batu Layar

Destinasi yang menjadi pilihan ialah Pantai Batu Layar Kota Tinggi berdekatan dengan Desaru dan Tanjung Balau. So esok 9 paginya kami bertolak dan sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Sampai sampai terus makan dulu lagipon kami dah masak sarapan antaranya Nasi Lemak, Mihun Goreng, Fries dan lain lain kudapan.


our bekalan

Lepas dah sarapan, macam biasa sesi bergambar dulu dan terus explore Pantai Batu Layar. Sekali imbas pantai ni biasa saja sebab dikerumuni semak samun tapi sebenarnya sangat cantik terutamanya di kawasan batu batu hitam. Niat memang nak mandi pantai, tapi disebabkan panas terik so batalkan saja niat tu tapi ada juga kawan kawan yang mandi.








Resort

Dekat sini ada juga chalet dan resort, bayaran masuk tandas RM 50 sen dan bayaran mandi RM1 tapi sangatlah tak berbaloi dari segi kemudahan dan kebersihan tandas. Time kami pergi tu tak ada orang sangat so sangat bestlah buat macam pantai sendiri. Jomlah tengok gambar gambar menarik kami di Batu Layar.




















Air pantai ni sangat bersih dan cantik sampai boleh nampak benda benda di dalam air tapi kena hati hati sikit sebab batu dalam air banyak dan tajam batunya. Cuma dari segi kebersihan lah kurang sikit sebab banyak sampah sarap. Mungkin akan datang nanti pantai ni perlu diperkenalkan lagi dan dinaik taraf. 


Time kami pergi tu pon ada sepasang pengantin cina tengah berphotoshoot di sekitar Batu Layar sebab memang cantik pemandangannya. Lepas tu, sekitar pukul 1.30 tengah hari kami bergerak mencari surau dan singgah ke tempat lain pula untuk makan tengah hari.

Pen off, OK Thanks for read.

2 comments:

Sal Bee Yah said...

rindunya zaman lepak-lepak dengan kawan-kawan belajar macam ni..hehe.belum sampai lagi ke Batu Layar ni..

zarulfarhana said...

Bestnya