Friday, September 5, 2014

RESEPI : Ikan Masak Cuka



Assalamualaikum


Sebenarnya hari ini ingat nak teruskan Cabaran 30 Hari tu, tapi bila tengok balik topik untuk hari ke 5 
"3 Perkara Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih" so aku terus update resepi hari tu sebab aku tak pernah ada bekas kekasih so terpaksalah skip untuk topik hari ini. Tapi aku tetap cabar diri aku juga untuk taip hari ini sebagai pengganti topik tu.


Haritu kami malas sangat nak masak, so ingat nak masak simple sajalah then mak aku ajar Ikan Masak Cuka. Resepi ni sangat senang dan lebih kurang sama dengan singgang kuning cuma ikan masak cuka lebih masam sebab letak cuka. Mak aku kata biasanya Masak Cuka ni orang buat kalau banyak lauk semalam lebih. Since rumah ada ikan goreng lebih semalam, so terus buat.


Bahan bahannya:

Bawang merah, bawang putih, cili merah dan hijau, biji sawit, serbuk kunyit, gula, garam, serai, halia, ikan goreng, cuka




Mula mula tumiskan bawang, halia, cili sampai garing.




Dah garing, masukkan ikan, cuka ikut kuah banyak mana, sedikit serbuk kunyit, sedikit biji sawi, batang serai, gula dan garam secukup rasa. Masak sampai mendidih.


SIAP!!!






Cepat dan senang saja resepi ini, sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan kicap. Boleh juga guna ayam lebihan semalam, ikan aya atau lauk yang dah bergoreng. Jimat pon jimat sebagai salah satu cara nak elakkan pembaziran daripada buang.

Ok Selamat mencuba thanks for read

2 comments:

Ayu Zan said...

sedap ni lalu tekak.. masam masam gitu..

TunSha Ayunie said...

sedap ikan masak cuka ni... masam2 pedas... makan dengan nasik, lauk camni pun best....