Wednesday, October 22, 2014

GYM dan JPN


Assalamualaikum


Buat pertama kalinya midsem break kami tak balik rumah, salah satu pengorbanan yang perlu dibuat di tahun akhir ni ditambah pula dengan urusan kolej lagi. Tak bosan sangat pon sebab kerja belambak lambak, boleh katakan setiap hari keluar nak ke hema, fakulti, bandar dan lain lain. Petang petang pula pergi berjogging di Stadium sebab petang petang tak boleh buat kerja, tak masuk kepala.


Lepas berjogging,kami akan singgah di gym. Biasanya pukul 5.30 petang dah start beriadah sampai 7 petang. Yang paling syoknya time cuti nilah orang tak ramai dekat gym, rasa best sangat kalau tak mesti nak kena tunggu guna alatan gym. Disebabkan tak ada orang dan kamilah yang paling last di gym, so bergambar la kami dua orang.


Sport Hall 1 UTM. Dalam ni ada gym, dewan dan lain lain

Sport Hall 2 dekat Stadium UTM.








Esoknya pula kami pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk urusan program yang bakal kami adakan November nanti, sebab tu kami tak boleh balik. JPN Johor ni memang cantik dan unik, even dah ada bangunan baru, still kekalkan bangunan lama sebelahnya. Senibina dan rekabentuknya macam sekolah sedikit.


bangunan baru

blok lama





Staff staff disini pon sangat baik dan friendly even cleaner pon tolong tunjukkan tempat kat kami yang blur ni.

Ok Thanks for Read

2 comments:

luqman zakaria said...

bestlah kalau g gym xde orang..hehe..bangunan tuh memang unik la..:)

Puteri said...

busynya akak. kalah perdana menteri. hahaha