Tuesday, October 21, 2014

MIDSEM BREAK: Putrajaya


Assalamualaikum


Lepas kami bersiar siar di Taman Layang Layang, malamnya kami decide nak terus ke TBS dan pulang ke UTM, tapi kami berjumpa pula dengan junior dan dia sudi untuk bawa kami jalan jalan sekitar Putrajaya sebelum balik ke johor, so malam tu dalam pukul 10 kami keluar berjaga sepanjang malam dan esok 7 pagi kami naik bas pulang ke utm


Yang bestnya sebelum kami bersiar siar di Putrajaya, kami sempat membersihkan diri di rumah junior. Best sangat siap ada kolam renang lagi, cantik rasa macam nak terus terjun. Firts time kor pergi tempat mewah macam ni. Ingat nak pergi ICT, tapi dah tutup so kami pergi Putrajaya saja.




Sebelum pergi Putrajaya, kami singgah dulu di Festival KL. Cantik sangat Festival KL tapi tak sempat nak jalan jalan sekitarnya. Perjalanan nak ke Putrajaya jauh jugalah boleh katakan hampir sejam dari Seri Gombak. Mula mula kami lepak di Jambatan Putrajaya selama sejam jugalah. Time kami lepak tu,memang ramai gila orang nak berlumba.




Sampai sampai Putrajaya, cantik sangat tengok bangunan bangunan sana, rasa macam kagum sangat. Selama ni cuma tengok di tv, paper saja. Sekarang dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Kalau pergi time bukan malam mesti lagi bestkan bergambar.






PICC Putrajaya International Convention Centre

Jambatan Putrajaya



Jambatan Saujana

Sekali imbas Putrajaya ni macam Bangunan Sultan Iskandar Johor sebab senibina dan rekabentuknya yang cantik. Then,kami pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), masa mula mula sampaiTBS, rasa macam excited sangat sebab besar gila kot TBS, dah macam airport dah rasa. Sistem perkhidmatan dan keselamatan pon bagus no wonderla ramai yang selamba tidur di TBS sebab selesa.

OK Thanks for read. Selamat Pagi

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

jalan2 pusing kota

Hafiz Hafizol said...

cantik kan PUTRAJAYA ? hehe.. taman2 dekat sana pun cantik2 tau.. boleh baca dekat blog saya..

NM03 said...

selamat mencuci mata... brape hari lagi midsem?

Kopiolimauice said...

cantik nya la putrajaya mlm2 ek...