Monday, October 20, 2014

MIDSEM BREAK: Taman Layang Layang


Assalamualaikum


Lepas kami pergi Batu Caves, kami solat, makan dulu dan terus bergerak ke Taman Layang Layang Selayang. Ramai sangat pengunjung datang time weekend terutamanya pengantin yang sedang berphotoshoot, Sepanjang taman ni memang banyak gerai makanan, minuman dan lain lain. Sesuai juga untuk berpicnic dengan kawan kawan.








Taman ni sangat besar, tapi kami cuma dapat jalan jalan sebahagian taman saja sebab waktu tu cuaca dah nak hujan. Disini terdapat juga perkhidmatan menyewa basikal dan kasut roda bagi sesiapa yang berminat. Kalaulah cuaca tak hujan, memang dah lama nak try main kasut roda.








Yang paling best, taman ni ada disediakan trek berjogging. Sangat sesuai bagi sesiapa yang suka berjogging, tapi tak nampak pula orang berjogging dekat sana, orang berdate banyaklah. ^_^










Paling syoknya, even tengah tengah hujan pon, masih ramai lagi yang pergi ke Taman Layang layang ni dan gerai juga masih dibuka. Nampak sangat memang taman ni sentiasa hidup. Taman ni sangat sesuai untuk habiskan masa bersama keluarga dan rakan rakan dan sangat cantik untuk bergambar.

OK Thanks for Read. Selamat bercuti

2 comments:

zarulfarhana said...

cntik juga... teringin nya main kasut roda

Nur Razali said...

cantiknye..^^ da lama x main kasut roda ni last masa skolah rendah..huhuhu