Thursday, October 9, 2014

RESEPI: Pulut Udang


Assalamualaikum


Haritu ada tolong mak buat makanan kegemaran mak iaitu Pulut Udang lagipon time tu bulan puasa so memang semangatlah nak tolong mak buat juadah buka puasa. Kalau selalu beli, memang tak berbaloi lah 3 rm1 padahal semua kurus panjang, inti pon sikit. So nak lagi puas, better buat sendiri kan. Sebelum tu, masak beras pulut macam biasa, masukkan garam dan santan, masak dalam rice cooker pon ok.


Bahan Bahan Inti:

bawang merah, serai, cabai kering, jintan manis, udang kering, serbuk kunyit, kelapa parut, udang kecil, air, garam dan gula.




Cara cara:


1) masukkan bawang merah, serai, cabai kering, jintan manis, udang kering, serbuk kunyit ke dalam blender...kisar kesemua kemudian masukkan kelapa parut dan kisar sekali lagi.. lepas siap kisar masukkan ke dalam kuali ,masukkan udang kecil, masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula.

2) gaul sebati, kacau sampai inti betul betul masak, mendidih dan kering

3) bila inti dah kering dan sejuk, letakkan pulut, inti dan bungkus

4) sebelum bakar, sapu permukaan luar bungkusan pulut dengan minyak masak dulu. bakar dia atas api perlahan, boleh gunakan juga pemanggang ajaib


SIAP!!!






Bahan bahan sukatan semua bergantung masing masing nak banyak mana sebab kami main campak campak saja. Kalau nak lagi sedap, boleh bakar garing garing dan sedap dimakan ketika panas.

OK Selamat Mencuba. Thanks for Read

2 comments:

TunSha Ayunie said...

Puas makan kan acu kalau buat sendiri?? :) nampak sangat sedap !

safurara said...

kalau inti pedas,sedapppp! haih!

#KlikKlikIklanNuffy