Monday, October 13, 2014

TRIP: Singapore Pt1


Assalamualaikum


Sabtu lepas kami pergi berjalan di seberang Johor di Singapura, dah lama plan nak pergi sana sebab dah alang alang belajar UTM memang wajiblah pergi sana, Kalau tak masa bila lagi nak pergi selain time belajar ni. Ini masuk kali kedua pergi sana, tapi baru berkesempatan nak berjalan dan membeli belah. Niat memang nak pergi USS tapi sebabkan kami nak shopping, terpaksalah hold dulu niat nak bermain.


So dalam pukul 8 pagi kami bertolak ke Singapore dan berhenti sarapan di Hentian Gelang Patah, unik sangat hentian ni sebab masih mengekalkan senibina dan tradisi contohnya setiap gerai ada nama yang mewakili setiap tempat di Johor Bahru.




Then, lepas melalui imigresen semua dalam pukul 11 pagi jugalah kami sampai di Singapore. Seriously nak dekat sejam juga beratur di Imigresen since ramai sangat orang. Sampai sampai kami terus bergerak ke USS tapi tak masuk pon cuma bergambar, dan lepas tu kami berhenti di Masjid Sultan Singapura untuk solat dan makan.




Masjid Sultan ni adalah masjid yang paling tua di Singapore dan letaknya sangat strategik sebab berdekatan dengan kedai souvenir, restoran dan Malay Heritage.


Restoran



Visitor services







Malay Heritage Center ni cantik dan unik even signboard tandasnya pon klasik. Kami singgah sekejap di sini untuk menikmati bekalan makanan kami sebab nak jimat duit punya pasal. Bayaran Trip ke Singapore ni hanya RM85 saja dan melawat sekitar Singapore. So aku peruntukkan sebanyak 200 SD, nilai sekarang 1SD=RM2.55. Itupon ada lebih lagi duit.  


kawan kawan

with Bella

Pergi sana yang bestnya dapat kenal kawan baru satu trip dengan kami. Even satu UTM memang tak kenal dan alhamdulillah bertambah kenalan, Bella namanya. Banyak tempat yang kami lawati antaranya Bugis Street, Merlion Park dan Sentosa Island dan akan bersambung next entri sebab gila gila banyak gambar sebab Singapore cantik.

OK Thanks for read, esok kelas 8 pagi.

3 comments:

Safirul Amar Azmi said...

Wah..have a nice trip

zarulfarhana said...

Bestnya dpt belajar Sana.. Alang2 dh kt sana rugi x p

Muhammad Khudri said...

Ambil kos apa kat UTM?