Saturday, November 15, 2014

Blood Donation Experience


Assalamualaikum


Sebelum ni dah lama simpan impian nak derma darah juga walaupun sekali sebab nak sangat rasa perasaan kena cucuk ambil darah semua. Setiap event yang diadakan oleh kolej atau UTM mesti aku akan cuba alert setiap tentatif aktiviti mana tahu ada program derma darah dan kebanyakannnya ada. First nak pergi derma tak lepas sebab darah tak cukup haemoglobin.


So start dari situ, aku cuba makan banyak makanan berasaskan zat besi untuk pekatkan darah. Hari tu pergi lagi tapi tak sempat sebab program derma darah dah habis. So tadi berpeluang untuk derma darah dekat Kolej Tun Razak sebab ada karnival sekali. Sekali yang datang bukan KPJ atah HSA, tapi Hospital Mersing yang datang UTM, punyalah jauh.


So akhirnya dapat juga derma darah menandakan darah aku dah cukup pekat iaitu 13.3 dan darah jenis B. Mula mula malu jugalah nak derma sebab kena betul betul baring dah la ada orang lelaki juga, tapi lantaklah. Kebanyakan yang datang semua dah ada kad merah sendiri tapi aku saja yang nampak sangat baru first time,


Time nak cucuk jarum tu, takut jugalah sebab kawan kawan semua cerita sakitlah, nanti peningla nak muntahla. Agak sakit masa nak cucuk dan nak keluarkan jarumlah, sakit sikit saja tapi lepas tu oklah just tunggu darah cukup 45ol. Tapi darah aku lambat sikit jalan sebab orang selepas aku dah siap dulu dari aku.


Disebabkan aku first time derma, penjaga tu banyak kali tanya adik ok tak? adik pening tak? adik nak muntah ke?


Tapi sepanjang derma tu, aku tak rasa apa-apa pon sampailah dah siap boleh bangun semua. Lepas derma nak ke motor baru rasa nak pitam pening semua sebab tengah panas lagipon, terus aku terduduk atas rumput. Pening dia datang sekejap sekejap dan rasa panas sangat satu badan. Then terus kawan aku belikan donat suruh aku makan sebab lepas derma, kita kena makan makanan manis.


Lama jugalah nak tunggu pening ok sebab kami naik motor so aku takut kalau aku tumbang. Then lepas dah ok sikit, pergilah ATM dan beli makan. Tapi aku memang tak larat sampaikan kawan aku yang tolong bawak keluar duit dan tolong beli makan. Memang tak rak nak berjalan sampailah aku muntah, lepas tu baru lega. Memang berpeluh peluh gila seram sejuk peningnya.


Balik balik bilik rehat kejap dan terus nak solat zohor, tapi rupanya tak boleh solat. Erm no wonderla aku pening lain macam rupanya aku baru period lepas saja derma darah. Nasib baik jugalah aku sempat menderma darah, kalau tak kempunan aku nak derma. Time nak derma tu,nurse ada tanya pasal period, tapi tak expect pula nak kena secepat ni.




By the way rasa macam happy sangat dapat kad merah ni rasa macam nak derma lagi nanti, tapi kena tunggu 2 bulan dulu. Sebelum derma ramai yang cakap lepas derma, naik badan lah, jarum dia besarla. Tapi aku tak pandang pon jarum tu dan naik badan ke tak itu depends masing masing, tapi yang penting darah aku dalam proses pembaharuan semula


Bila aku fikir balik, nasib baik kami sempat beli barang barang sebelum derma sebab ada karnival so memang murah kebanyakan alat solek, tudung dan lain lain. Sempatlah aku grab magic lipstick dan eyeliner. Kalaulah beli lepas derma, mesti tak syok nak shopping.

OK Thanks for read. Korang mesti banyak pengalaman menderma kan

3 comments:

Eny Abdullah said...

huhuhu saya sampai sekarang takde kekuatan nak menderma darah... penakut hehehehe

SalbiahM said...

teringin nak derma, tapi orang kata berat kurang 45 kg tak boleh..

coklat pudina said...

utm fakulti mane awak??? tahun berapa??