Monday, November 17, 2014

Entrepreneur Zone


Assalamualaikum


Minggu ni agak hectic jugalah sebab minggu ni kami kena berniaga bawah subjek Entrepreneur, subjek ni tak ada exam tapi kami kena dapatkan profit dan berniaga selama 2 hari bermula 19-20 November ni. So kalau ada yang duduk sekitar UTM dan student UTM sendiri dari semua fakulti jangan lupa singgah ke Fakulti Pengurusan


Karnival Keusahawanan ni melibatkan dua buah seksyen dan sebanyak hampir 20 gerai akan berniaga bermacam macam jenis pakaian dan makanan. Kebanyakan yang buka gerai mostly student Marketing dan Human Resources. Dekat bawah ni antara banner banner gerai yang akan dibuka mengikut kumpulan yang diberi.









Dekat bawah ni pula banner gerai kami. Kami menjual Nasi Ayam, Nasi Ayam Berempah, Aneka Dadih dan Buah, Pelbagai minuman buah dan lain lain. Nama kumpulan kami Primadona since kami semua perempuan. Jangan lupa sokong kumpulan PRIMADONA!!!




KARNIVAL KEUSAHAWANAN

Tempat: Parking Lot, TO8 Fakulti Pengurusan UTM
Tarikh: 19-20 November 2014
Masa: 8 am-6pm


Jom reramai memeriahkan karnival kami

Dah lama tak berniaga, last berniaga masa tahun 1 bawah subjek Keusahawanan. Time tu kami menjual aneka keropok dan memang mendapat sambutan ramai. Takut jugalah nak berniaga nanti sebab sekarang pon musim hujan so minta mintalah tak lebat sangat.

OK Thanks for read

2 comments:

Safirul Amar Azmi said...

Utm mana? Skudai?

Junkyo Hikari said...

OMG.. penuh dengan makanan... nyum nyum nyum...