Friday, November 21, 2014

Entrepreneurship Carnival


Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu, rasa berbaloi sangat weekend ni sebab kami baru lepas ada karnival keusahawanan kami selama 2 hari bermula 19-20 November kelmarin, memang sepanjang hari jaga kedai di tengah tengah panas, Lepas berakhirnya karnival, kena pula masuk kelas pukul 4. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan.


my group

Group kami agak kesian jugalah sebab kedai dekat hujung sekali dan dekat pula dengan kumpulan komuniti. Memang banyak betulla kesalahan kami sebab selalu diperhatikan oleh group komuniti, Lepas tu, bila time tengah hari memang panas sangat area gerai kami. Nasiblah dapat dekat area situ sebab kami lupa nak cop gerai.


Dekat bawah ni antara gerai gerai yang menjual makanan, minuman, dan pakaian.






Kebanyakan gerai memang ambil supplier dari luar, so kami yang tolong jualkan sebab nak mudah lagipon kami tak ada peralatan memasak semua. Tapi gerai bawah ni memang laku sebab semua juadah masak sendiri, memang sedap.




Gerai kami berhadapan dengan gerai Aiskrim di bawah ni, memang pejam matalah kami bila ramai gila customer beli aiskrim ditambah pula dengan cuaca panas. Menjual aneka aiskrim dengan pelbagai topping. Gerai ini juga menang kebersihan dan dapat RM50.




Gerai bawah ni sangat ekslusif dah macam bakeri, menjual brownies, dan aneka roti sandwich. Sandwich sangat sedap, berbaloi dan kenyang. No wonderla menang Gerai Tercantik dan dapat RM150




Kami menjual nasi ayam, nasi ayam berempah, dadih, kerepek, tudung dan jus. Agak risau jugalah sebab kebanyakan peniaga memang jual nasi ayam. Tapi alhamdulillah rezeki masing masing dan habis juga jualan kami even terpaksa pergi setiap bilik jual dadih.


gerai kami


PEACE!!!



Hari first memang laku sangat nasi ayam dan nasi ayam berempah, siap kena restock semula. Tapi hari kedua agak kurang sebab tak ramai student ada kelas hari khamis dan nasib baik laku juga. 




Alhamdulillah berakhir juga karnival ini dan kena siap sedialah untuk buat report pula.
OK Thanks for read. Happy Weekend

1 comment:

luqman zakaria said...

seronoknya dapat bukak gerai mcm nih..huuh :)