Sunday, December 21, 2014

4 SHAR Dinner Gathering


Assalamualaikum


Alhamdulillah berakhir juga program wajib attend sebelum berakhir sem dan sebelum grad iaitu How To Get Yourself Employed. Selepas berakhirnya subjek ni, maka bermulalah cuti study week kami sebelum bermulanya exam pada 28 Disember hingga 11 Januari. Sekarang pon dah duduk seorang diri sebab mostly kawan balik hometown.


Sebelum berakhirnya kelas khamis lepas, malam tu kami pergi makan bersama classmates sejak dari sem 1 di UTM KL bersama dengan foreigner student juga. Happy sangat bila tengok pelajar antarabangsa yang paling berselera dan eksited sekali. Sebenarnya dah lama plan nak makan sama since ini last sem kami disini before latihan industri.




So, restoran yang menjadi pilihan ialah Restoran Tom Yam Ramai-Ramai, memang sangat ramai orangnya. Restoran ini terletak di Senai sangat dekat dengan kolej kami. So lepas maghrib kami semua bertolak ke sana, nasib mostly kawan ada kereta so dapatlah carpool.


Menu yang menjadi pilihan ialah semestinya tom yam dan aneka seafood. Lepas makan, macam biasa sesi bergambar tapi sayangnya gambar aku sikit sangat sebab kami trip lain sampai lewat. Sampai- sampai semua dah nak habis makan. Time dorang bergambar, kami tengah makan, lapar sangat kot.


side depan


side belakang

antara dinner kami

Kalau ikutkan hati nak saja join bergambar sekali, tapi apakan daya perut minta diisi dulu. Dekat bawah ni kami berempat saja yang duduk meja asing sebab lambat sangat dan tak cukup tempat. Nasib baik dorang tak ignore kami.


with foreigner student

Untuk memeriahkan makan malam kami, kami adakan satu aktiviti tukar hadiah untuk disimpan kenang kenangan. Lepas sesi bergambar, maka bermulalah sesi pertukaran hadiah mengikut nombor dicabut. Boleh katakan dekat restoran tu, suara kami yang kuat dan semangat maklumlah classmates mostly perempuan.


cabutan hadiah

Tapi sayangnya tak semua dapat join dinner sebab ada yang balik urgent.


US 4 SHAR

Dalam pukul 10. 30 malam kami bertolak pulang ke kolej. Tapi kami yang lambat ni pergi jalan jalan kejap di Country Garden. Ok for 4 SHAR 


Thanks for all the memories that we created together, good luck in our final exam, remember each other, and all the best in our industrial training. 

ok Thanks for read. pen off ;)

1 comment:

zarulfarhana said...

memang ramai sesuai nma restoran tu